web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kubur Kanak-Kanak Dipercayai Mangsa Letupan Bot Digali Semula

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 11:19AM

Kerja-kerja menggali semula kubur seorang kanak-kanak dijalankan di Kampung Halo, selepas dia dipercayai menjadi mangsa letupan bot di Pulau Tatagan, Selasa lalu. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Sebuah kubur milik seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Halo, dekat sini, terpaksa digali semula kelmarin selepas dia dipercayai menjadi mangsa letupan bot di Pulau Tatagan, Selasa lalu.

Menurut sumber, sepasukan pegawai dan anggota polis menggali semula kubur berkenaan selepas menerima maklumat bahawa si mati mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Terdahulu, Getaran difahamkan polis berjaya menahan tiga individu dipercayai dapat membantu siasatan.

Soal siasat dilakukan membawa kepada penemuan sebuah kubur baharu di Kampung Halo, dipercayai milik kanak-kanak yang terkorban dalam letupan bot tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah menerusi kenyataan media mengesahkan penemuan mayat dipercayai kanak-kanak berusia 10 tahun.

"Polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk proses penggalian semula kubur berkenaan di Tanah Perkuburan Kampung Halo pada Rabu.

"Hasil pemerhatian awal terdapat kesan kecederaan pada anggota badan si mati," katanya.

Tambah Mohd Farhan, mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar.

"Selain itu, polis turut mengenal pasti punca letupan, yang dipercayai berpunca daripada bom ikan buatan sendiri, bukan akibat enjin bot pam seperti didakwa.

"Sehingga kini, kejadian berkenaan dipercayai hanya melibatkan seorang  mangsa," katanya.

Polis sedang mengesan Astari bagi membantu siasatan.
Polis sedang mengesan Astari bagi membantu siasatan.

Susulan penemuan, polis melancarkan gerakan memburu bapa kanak-kanak malang itu, seorang warga Filipina dikenali sebagai Astari, berusia lingkungan 40-an.

Dia dikatakan menghilangkan diri sebaik insiden berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah di talian 019 8139851 atau 089 782020. - Getaran, 15 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad