web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kem Tentera Baharu Bernilai RM646 Juta Dibina di Lahad Datu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 4:41PM

Hishammuddin (kanan) ketika menghadiri taklimat keselamatan di Kem Kukusan di Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sebuah kem tentera darat baharu bernilai RM646,156,000 akan dibina di Felda Sahabat, Lahad Datu pada tahun ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata peruntukan sudah diluluskan Kementerian Kewangan untuk pembinaan itu adalah antara inisiatif kerajaan dalam memperkasa keselamatan dan pertahanan di pantai Timur Sabah.

“Pembinaan kem baharu ini akan menempatkan satu batalion infantri dan unit 13 Briged dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan tentera darat berdepan ancaman semasa.

“Dalam masa sama, kami (kementerian) turut mengaktifkan semula inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) membabitkan kerjasama tentera antara Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi kawalan keselamatan di Laut Sulu serta Sulawesi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri taklimat keselamatan di Kem Kukusan di sini, hari ini.

Hishammuddin memaklumkan, perkara itu sudah disuarakan kepada rakan sejawat dari negara terbabit dan pihak berkenaan bersetuju mengadakan pertemuan di peringkat Kementerian Pertahanan masing-masing pada 27 Januari ini.

Pada masa sama, Hishammuddin berkata, operasi keselamatan di pantai Timur Sabah berjalan lancar sepanjang tahun lalu.

“Untuk rekod, tiada insiden penculikan untuk wang tebusan baharu dilaporkan.

“Secara keseluruhan tentera darat sudah mengatur dua batalion ke pulau sekitar Timur Sabah dan dua batalion di pesisir pantai bagi kawalan keselamatan 24 jam sehari,” katanya.

Selain itu, Hishammuddin berkata, lima batalion pula sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk diatur gerak, termasuk penggunaan beberapa aset bagi mengawal keselamatan pesisir pantai Sabah.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Malaysia bersedia memasuki fasa transisi endemik COVID-19 yang dijadualkan pada minggu pertama bulan ini.

“Bagaimanapun, perkara itu ditangguhkan berikutan perkembangan semasa, termasuk penemuan virus Omicron dan banjir.

“Kita juga perlu menangani implikasi daripada kemasukan rakyat dari luar negara, khususnya Arab Saudi,” katanya.

Menurut Hishammuddin, kerajaan perlu menunggu sedikit masa bagi melakukan penilaian, termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baharu bersesuaian dengan transisi endemik.

“Mungkin dalam satu atau dua minggu ini, bagi memastikan kita benar-benar berada pada fasa transisi berkenaan,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Besar, Apa Dia Makan Agaknya Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran