web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Ketelusan SPRM Hanya Retorik, Rakyat Seperti Dalam ‘Alice in Wonderland’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 3:21PM

Cynthia Gabriel - Gambar dari Twitter Cynthia Gabriel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan beberapa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menimbulkan persoalan ramai mengenai ketelusan badan bebas itu dalam mengendalikan siasatan berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengarah Kreatif Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Melayu (PUSAKA), Eddin Khoo berkata, berdasarkan pemerhatiannya, isu ketelusan dalam agensi itu hanya retorik kepada pihak tertentu.

Katanya, situasi itu menimbulkan persoalan sangat besar tentang bagaimana sistem berkenaan menangani dirinya sendiri, apakah amalan terbabit mampu menjadi budaya dan sebenarnya berkaitan soal budaya.

“Apa yang kita bangkitkan tadi, haruskah Tan Sri Azam Baki berehat sementara disiasat? Ya, ia patut menjadi amalan tetapi tidak dilakukan. Ia tidak menjadi budaya di negara kita.

“Sebenarnya kadang-kadang saya rasa rakyat pada keseluruhannya sudah masuk ke dalam satu lubang seperti Alice in Wonderland.

“Setiap hari kita lihat isu berkaitan institusi ini, kita diperangkap dengan istilah seperti teladan dan ketelusan yang tidak ada makna langsung, tak bernyawa dan kita tidak menghayati, hanya sebagai retorik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Tiga Penjuru bertajuk Kontroversi Rasuah: Lawan, Cuti atau Letak Jawatan? yang disiarkan Astro Awani, malam tadi.

Menurut beliau, sidang media Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang, baru-baru ini jelas membuktikan wujud masalah ketidaktelusan dalam badan bebas itu.

“Saya rasa satu contoh kepada masalah atau percanggahan itu adalah sidang media yang diadakan Tan Sri Abu Zahar. Ia adalah satu bencana.

“Ia membayangkan institusi itu (SPRM) menganggap diri mereka seakan-akan institusi yang luhur, melebihi taraf lain daripada undang-undang dan amalan masyarakat demokratik serta telus,” katanya.

Perkara itu turut dipersetujui Pengarah Eksekutif Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kroni (C4), Cynthia Gabriel yang melihat ada keperluan untuk kerajaan melakukan rombakan segera terhadap barisan kepimpinan SPRM.

Katanya, beliau bersetuju dengan pandangan Eddin bahawa sidang media Tan Sri Abu Zahar itu merupakan communication disaster (kepincangan komunikasi), malah ada beberapa perkara diperkatakan, menonjolkan suruhanjaya berkenaan sebenarnya tidak bebas.

Cynthia berkata, SPRM adalah badan siasatan yang diberi mandat untuk menyiasat kes rasuah, menjaga integriti dan melaksanakan pelbagai program pencegahan rasuah.

“Bilangan staf SPRM pula lebih 3,000, jadi kuasa dan sumber mereka memang besar,” katanya.

Menurut Cynthia, kedudukan SPRM yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), menunjukkan struktur agensi itu tidak bebas, selain dikuasai pengaruh eksekutif.

“Dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dulu kita tengok pengaruh eksekutif itu sangat besar, di mana ada dapatan SPRM diserbu dan fail di situ diambil.

“Malah ada penyiasatan dijalankan kepada badan siasatan sekiranya terdapat apa-apa kebocoran, justeru ini menunjukkan SPRM itu tidak bebas jika dilihat secara mendalam. Dana institusi itu pula diterima daripada bajet  atau JPM, jadi mereka (pegawai SPRM) mungkin terjejas kalau menyiasat ahli politik  berkuasa,” katanya.

Justeru tegasnya, pengaruh ahli politik perlu diketepikan sekiranya kerajaan mahu melakukan rombakan terhadap SPRM agar institusi itu bebas seperti di Indonesia.

“Soal kebebasan SPRM sudah lama menjadi isu, tetapi skandal membabitkan Tan Sri Azam Baki memberi bukti sangat jelas bahawa rombakan itu perlu dilakukan sekarang,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar satu kajian dijalankan untuk meneliti semula barisan kepimpinan utama dalam SPRM yang perlu dirombak.

Beliau berkata, kajian itu bukan untuk merombak semua pegawai bawahan SPRM, sebaliknya melihat semula mana-mana individu terbabit yang boleh menimbulkan persoalan terhadap kejujuran dan ketelusan dalam penyiasatan.

“Orang ini bukanlah mesti dihukum kerana belum ada satu bukti kesalahan mereka, tetapi organisasi itu perlu diubah. Mungkin orang sudah lama dalam penyiasatan umpamanya, ditukar ke bahagian lain supaya mampu mengehadkan kuasa mereka.

“Dia menimbulkan kegerunan kepada orang lain. Jika ada pertukaran, sekurang-kurangnya kita berjaya meredakan dominasi berlebihan yang akan menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.

Tegas beliau, akaun itu digunakan adiknya, Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham dibeli.

“Saham dibeli adik saya dan syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad