web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belasah Dan Samun Anggota Tentera, 3 Lelaki Dicekup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 9:03PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bak pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, itu nasib tiga lelaki yang membelasah dan menyamun seorang anggota tentera, November lalu.

Mereka yang melakukan kesalahan itu di sebuah rumah dekat Persiaran Pandan 3, Pandan Jaya, Ampang akhirnya dicekup selepas lebih sebulan dijejaki polis.

Dalam kejadian pada 28 November itu, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit didatangi tiga lelaki ketika berada di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata sebaik mangsa membuka pintu pagar rumah, suspek menariknya keluar sebelum memukul badan dan kepalanya.

Jelasnya, suspek turut merampas telefon bimbit dan jam tangan dipakai mangsa sebelum menghilangkan diri dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, antara jam 4 hingga 5 pagi semalam, beberapa siri tangkapan dilakukan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Hasil serbuan, polis menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 24 hingga 39 tahun yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala empat daripadanya positif dadah,” katanya kepada media hari ini.

Mohamad Farouk berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Satria disyaki digunakan ketika kejadian, selain sebuah telefon bimbit dan jam tangan dipercayai milik mangsa.

“Mahkamah Ampang membenarkan kelima-lima mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan,” katanya. – Getaran, 13 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad