web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah Teknikal Selesai, Pengguna Sudah Boleh Sahkan Janji Temu Di MySejahtera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 2:43PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah teknikal untuk mengesahkan janji temu suntikan COVID-19 di MySejahtera sudah diselesaikan.

Jurucakap MySejahtera memaklumkan, orang ramai kini boleh mengesahkan janji temu diberikan dalam aplikasi itu.

“Merujuk kepada pengumuman semalam berkenaan dengan masalah teknikal untuk mengesahkan janji temu di MySejahtera, sukacita dimaklumkan bahawa isu tersebut sudah selesai.

“Anda kini boleh mengesahkan janji temu diberikan. Kesabaran anda amat kami hargai,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam ramai pengguna mengadu menghadapi masalah untuk mengesahkan temu janji mereka di MySejahtera.

Ketika mahu membuat pengesahan, paparan skrin pada aplikasi tersebut tiba-tiba kosong selepas pautan ditekan.

“Tak boleh sahkan temu janji vaksin di MySejahtera. Paparan kosong selepas pautan ditekan, ia hanya ada butang hantar/batal,” kata MisfitHack.

“Hello, aplikasi anda bermasalah? Saya tak boleh lihat apa-apa di bahagian soalan untuk suntikan dos penggalak,” kata Kaibyebo.

“Hello @my_sejahtera saya tak boleh sahkan temu janji saya mahupun tukar tarikh baharu. Macam mana saya nak dapatkan dos penggalak?” soal Ryanroarr.

Aduan itu bukan isu baharu membabitkan penggunaan aplikasi terbabit.

Sebelum ini, beberapa individu diberikan status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta individu dalam pemantauan (PUS) yang salah.

Malah, ada antara mereka berdepan masalah seperti tidak dapat memasuki premis gara-gara kesilapan pada status menerusi aplikasi itu.

Seorang pengguna MySejahtera mendakwa tidak dibenarkan menaiki penerbangan disebabkan status aplikasi itu di telefon bimbitnya bertukar kepada PUS.

“I tak boleh naik flight ya pagi tadi sebab tiba-tiba PUS??? What the ** buat sistem untuk satu negara boleh error (kesilapan) macam ni???,” komen seorang pengguna Twitter @lily_hara menerusi bebenang di laman Twitter rasmi Mysejahtera @My_Sejahtera.

Susulan aduan itu, MySejahtera menerusi laman Twitter tampil menjelaskan bahawa masalah berkenaan sudah diatasi dan kesemua status HSO dipadam serta status PUS ditarik semula. - Getaran, 13 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berang Masalah Masih Tak Selesai, Penduduk Tahan Kenderaan Agong Untuk Mengadu

4

TARA 2 tahun yang lalu

Nyahkan Masalah Insomnia Kalau Tak Nak Kemurungan, Gemuk

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 57 minit yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar