web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengembara Pernah Dijangkiti COVID-19, Tak Perlu Kuarantin Setiba Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 8:02PM

Pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksin, mereka akan menjalani kuarantin wajib 7 hari di stesen kuarantin setibanya di negara ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dan telah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib setibanya di Malaysia, namun masih perlu melakukan ujian pengesanan wabak menggunakan RTK antigen (Ag) di pintu masuk antarabangsa (PMA).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksin, mereka akan menjalani kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin setibanya di negara ini serta melakukan ujian pengesanan COVID-19.

"Berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19, kerajaan mengambil pendekatan bahawa pengembara dengan sejarah dijangkiti wabak itu hendaklah lengkap divaksin dan mengemukan bukti penerimaannya.

“Pengembara juga perlu mengemukakan bukti dijangkiti wabak itu dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital.

“Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat “Fit to Travel” daripada pengamal perubatan di hospital terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata perkara itu antara prosedur operasi standard (SOP) terkini bagi pengembara dengan sejarah jangkitan wabak itu yang akan berkuat kuasa mulai esok.

Beliau berkata Malaysia masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba ke negara, justeru kes dengan ujian RT-PCR positif tidak dibenarkan masuk. 

Katanya bagi pengembara yang menjalani isolasi atau pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti COVID-19 dan tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK Ag profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.

“Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan. Kesemua dokumen berkaitan hendaklah dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk, sekiranya diminta,” katanya.

Sementara itu bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti COVID-19, ketetapan semasa masih terpakai dan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran