web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjualan Sijil Vaksinasi Palsu, Polis Pergiat Operasi Pemantauan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 2:28PM

Acryl Sani Abdullah Sani berucap pada program pendidikan dan kemahiran awal murid autisme di Pusat Latihan Polis, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat operasi dan pemantauan secara menyeluruh dalam mengesan pihak disyaki terlibat dengan sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau tidak menolak kemungkinan sindiket sedemikian wujud di negeri-negeri lain.

“Oleh demikian, saya telah mengarahkan ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kontinjen negeri melalui Pengarah JSJ Bukit Aman (Datuk Seri Abd Jalil Hassan) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (Datuk Mohd Kamarudin Md Din) untuk menjalankan risikan.

“Risikan berkenaan adalah untuk mengesan sama ada terdapat lagi perkara sama (kes penjualan sijil vaksinasi palsu) berlaku di tempat-tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penjualan sijil vaksinasi palsu di Marang, Terengganu selepas hadir ke program pendidikan dan kemahiran awal murid autisme di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

Acryl Sani berkata setakat ini, PDRM hanya mengesan satu kes berkenaan berlaku di Marang, Terengganu.

“Siasatan polis Terengganu mengesan sindiket berkenaan yang dilakukan oleh seorang suspek lelaki dan kami masih sedang mengesan jika ia berlaku di negeri-negeri lain ,” katanya.

Beliau berkata PDRM memandang serius mengenai sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu kerana ia menghalang usaha kerajaan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“PDRM tidak mahu melihat usaha dan langkah kerajaan melakukan pencegahan ini terhalang oleh kerana tindakan segelintir pihak yang menggagalkan usaha itu, selain tindakan mereka mampu menggugat imej negara,” katanya.

Pada Isnin lepas, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa mengesahkan seorang lelaki yang juga doktor berusia 51 tahun ditahan di kliniknya dalam satu serbuan bersama Jabatan Kesihatan Terengganu selepas mendapat aduan awam mengenai kegiatan tersebut.

Suspek berkenaan direman selama tiga hari bermula Sabtu hingga semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran