web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pekerja IT Berhobi Songsang, Gemar Rakam Aksi Wanita Dalam Tandas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 9:33AM

Seorang lelaki ditahan ketika sedang merakam video seorang remaja perempuan di tandas, di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘Hobi’ jelik seorang pekerja teknologi maklumat (IT) yang gemar merakam aksi wanita di dalam tandas terbongkar, selepas dia ditahan ketika sedang asyik merakam video seorang remaja perempuan di tandas sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, remaja perempuan terbabit yang berusia 14 dikatakan ternampak satu telefon bimbit diletakkan di tingkap antara tandas lelaki dan perempuan.

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata remaja itu kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya.

Menurutnya lagi, pada masa sama, remaja terbabit bertanya kepada seorang lelaki berusia 33 tahun, jika dia ada merakam video mangsa ketika berada di dalam tandas berkenaan.

“Lelaki terbabit kemudiannya cuba melarikan diri sebelum dikejar oleh kedua-dua beranak berkenaan.

"Suspek turut menolak remaja perempuan itu sehingga terjatuh namun remaja tersebut sempat mengambil telefon bimbit suspek dan dilempar kepada ibunya," katanya kepada pemberita malam tadi.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek ditahan seorang pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Pemeriksaan dilakukan pada telefon bimbit suspek mendapati lelaki berkenaan ada merakam video remaja perempuan itu yang berada dalam tandas," katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis pada 7.15 malam.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku ada merakam video remaja berkenaan di tandas pusat beli-belah terbabit dan semua rakaman berkenaan masih disimpan di dalam telefon bimbitnya.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya. – Getaran, 12 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad