web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Murid Sekolah Rendah Boleh Buat Ujian Saringan COVID-19 Di Rumah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 4:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ujian saringan kendiri COVID-19 melibatkan murid sekolah rendah boleh dilaksanakan di rumah bermula minggu ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu dipersetujui Kementerian Kesihatan (KKM) selepas perbincangan mengenainya dibuat bersama Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya lagi, kit ujian tersebut akan disediakan pihak sekolah.

“Saya ingin tegaskan bahawa adalah amat penting ibu bapa kepada anak-anak terpilih untuk melaksanakan ujian ini di rumah, dapat melaksanakannya berdasarkan tatacara yang ditetapkan nanti.

“Ini bagi memastikan sesi persekolahan dapat berlangsung dengan teratur dan selamat,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya pendekatan baharu itu tidak dilaksanakan mengikut tatacara ditetapkan, ia bukan sahaja memberi kesan kepada murid tetapi juga guru di sekolah.

Susulan itu tegasnya, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan ujian saringan tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan (KKM).

Radzi Jidin
Radzi Jidin

“Kita ingin memastikan sesi persekolahan dapat terus berlangsung dengan selamat. 

“Saya yakin usaha dan kerjasama ibu bapa, kita dapat memastikan anak-anak kita hadir ke sekolah dengan teratur dan selamat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran.

Pendekatan yang dilaksanakan setiap Rabu bermula 1 Disember lalu itu bertujuan mencegah penyebaran wabak berkenaan yang dikhuatiri akan mewujudkan kluster pendidikan.

Ujian tersebut melibatkan sekurang-kurangnya 10 peratus sampel murid di setiap sekolah. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lebih 1.5 Juta Murid Sudah Terima Bantuan Awal Persekolahan - KPM

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aerodinamik, Larian Ala Naruto Bantu Menang Lumba Lari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cabul Murid Darjah 1, Pengawal Keselamatan Sekolah Ditahan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan