web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 1.5 Juta Murid Sudah Terima Bantuan Awal Persekolahan - KPM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 8:30PM

gambar FB KPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,576,980 di enam negeri sudah menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP), sejak agihan dilaksanakan bermula bulan lalu.

Kementerian Pendidikan berkata, sehingga 2 Februari lalu, agihan BAP sudah selesai dijalankan di Selangor, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Perak dan Labuan.

"Jumlah keseluruhan agihan di enam buah negeri tersebut adalah  RM236,547,000. Ia memberi manfaat kepada 1,576,980 orang murid," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan komited bagi memastikan agihan BAP dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi manfaat semua murid.

Oktober tahun lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off
(sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.

Belanjawan 2024 memperuntukkan  sebanyak RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP.

Bantuan itu diagihkan bermula bulan lalu melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Ia bertujuan meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang. - Getaran, 4 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan