web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Besar Dipenjara 3 Bulan, Denda RM20,000 Salah Guna Kuasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 2:24PM

Khairul Azizi dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang guru besar dipenjara tiga bulan dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, atas dua pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapat suapan, lapan tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Azizi Ab Aziz, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda ditetapkan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika berkhidmat sebagai penolong kanan kokurikulum di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, di sini.

Dia dituduh menggunakan jawatan itu dengan mencadangkan guru besar sekolah berkenaan melantik syarikat Sueazizi Enterprise dimiliki isterinya, bagi tuntutan bayaran peruntukan latihan sukan perahu layar kendalian Majlis Sukan Sekolah Pahang berjumlah RM1,200 dan RM700.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh yang kini menyandang jawatan guru besar di SK Cherating pada 19 Mac 2014 dan 15 Disember tahun sama.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dilakukan Timbalan Pendakwa Raya daripada suruhanjaya berkenaan, Siti Sarah Zainal Abiddin.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Tertuduh ketika mengemukakan rayuan meminta mahkamah mengurangkan denda atas alasan tidak memahami tatacara yang betul dalam pentadbiran kewangan kerajaan.

Dia yang juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih sukan perahu layar memohon mahkamah mempertimbangkan sumbangan diberikan, sepanjang terbabit secara aktif melatih pelajar sekolah dalam sukan berkenaan. - Getaran, 11 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

1 hari yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

4

Semasa 5 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 16 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad