web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai Imigresen Dakwa Diugut SPRM, Dipaksa Mengaku Salah Kes Mahkamah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 2:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mendakwa dirinya diugut dan dipaksa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengaku bersalah dalam satu kes mahkamah yang dihadapi.

Sumber memberitahu Getaran, lelaki terbabit adalah seorang pegawai Imigresen berusia 30 tahun yang sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, April tahun lalu.

Menurutnya, masalah timbul apabila peguam yang dilantik pegawai terbabit meninggal dunia November tahun lalu, menyebabkan kesnya terpaksa ditunda sehingga Julai nanti untuk dibicarakan.

“Bagaimanapun lelaki itu mendakwa, dia dihubungi pegawai SPRM pada November tahun lalu dan diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada bulan berikutnya.

“Dia hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya seperti diminta dan dibawa berjumpa seorang pegawai kanan bahagian pendakwaan, sebelum diarah mengaku bersalah dalam kes tersebut,” katanya.

Sumber berkata, mangsa hanya dikenakan denda sebanyak RM5,000 jika mengaku salah, namun berdepan beberapa lagi pertuduhan jika enggan mematuhi arahan pegawai berkenaan.

Menurut sumber lagi, lelaki terbabit sekali lagi dihubungi pihak SPRM yang meminta dia dan isteri untuk hadir ke pejabat suruhanjaya itu awal bulan ini.

“Dia mendakwa pegawai penyiasat yang ditemui itu menyuruhnya untuk mengaku bersalah dalam kes tersebut dan akan dihadapkan dengan beberapa lagi pertuduhan jika enggan berbuat demikian, malah isterinya juga bakal dikenakan tindakan sama.

“Rasa terancam dengan ugutan yang dibuat, dia dan isterinya bersetuju untuk mengaku bersalah dalam kes berkenaan supaya dibenarkan pulang,” katanya.

Sumber berkata, mangsa sangat yakin dirinya tidak bersalah dalam kes dihadapi dan mahu ia dibicarakan, namun semalam dia dihubungi pegawai penyiasat SPRM yang mempersoalkan ketidakhadirannya ke mahkamah sedangkan kesnya ditetapkan pada Julai depan.

“Justeru, mangsa membuat satu laporan di Balai Bandar Baru Salak Tinggi, semalam, untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP) A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit.

“Laporan dibuat oleh seorang pengadu yang telah dituduh oleh SPRM di Kelantan dan diminta pegawai penyiasat untuk mengaku salah di mahkamah, kerana ada kesalahan lain yang menunggu untuk tindakan pertuduhan.

“Kes itu telah dirujuk ke Jabatan Integriti SPRM untuk tindakan lanjut atas arahan Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad