Berita Terkini

5 jam yang lalu: Melaka cadang bina saluran paip air dari Sungai Rembau 9 jam yang lalu: OP Tapis Khas: 496 penagih, 120 pengedar ditahan polis Perak 9 jam yang lalu: KPM mohon tangguh pengosongan bangunan SK Assumption 10 jam yang lalu: Mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Johor akan diadakan pada 9 Februari (Rabu) - Setiausaha SPR 10 jam yang lalu: SPR telah terima notis pembubaran DUN Johor pada 23 Januari - Setiausaha SPR

IKUTI KAMI


Keputusan Dipertikai Pelbagai Pihak, Abu Zahar Sedia Berundur

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 11:57AM

Tan Sri Abu Zahar sedia mengundur diri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tan Sri Abu Zahar Ujang sedia mengundur diri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), selepas keputusannya terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki dipertikaikan pelbagai pihak.

Beliau memberi jaminan, sedia disiasat pihak berkuasa atau organisasi lain pada bila-bila masa.

“Sekiranya kenyataan media saya pada Rabu lalu telah menampilkan fahaman yang tidak dihasratkan seperti dinyatakan, sehingga menjatuhkan nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), saya serahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan.

“Saya juga menyerahkan budi bicara ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menentukan kedudukan saya sebagai Pengerusi LPPR. Saya semestinya akan akur dengan keputusan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, bagi menjawab kenyataan enam ahli LPPR yang menyangkal keputusannya, Abu Zahar menjelaskan kronologi ini bermula 7 Januari lalu apabila beliau menerima pesanan ringkas daripada seorang ahli LPPR, Datuk Seri Azman Ujang pada jam 6.19 petang untuk memaklumkan bahawa isu berkaitan Azam menjadi semakin panas.

Beliau berkata, pada jam 6.20 petang hari yang sama, Datuk David Chua Kok Tee dalam respon terhadap mesej Azman berkata, LPPR perlu mengadakan pertemuan pada kadar segera bagi membincangkan perkara tersebut, sekali gus menyatakan kedudukan lembaga berhubung isu berkenaan.

“Di atas pandangan dan permintaan mereka saya telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan perjumpaan tertutup pada 11 Januari, jam 10:00 pagi di Pejabat Akademi SPRM di Jalan Duta Kuala Lumpur.

“Tiba-tiba pada 8 Januari lalu, saya dapati kesemua enam ahli LPPR tersebut telah mengadakan mesyuarat terlebih dahulu tanpa memberitahu saya, dan mengeluarkan kenyataan media yang amat saya kesali,” katanya.

Enam ahli LPPR hari ini menyangkal penjelasan Abu Zahar berhubung dakwaan pemilikan saham Azam di beberapa syarikat.

Mereka menegaskan, kenyataan Abu Zahar itu adalah pendapat peribadinya sebagai pengerusi lembaga.

Penjelasan yang mewakili Azman, David Chua, Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr Hamzah Kassim, dan Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff itu timbul selepas LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau konflik kepentingan berhubung dakwaan pemilikan saham itu, selepas perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat panel LPPR 24 November tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, enam ahli itu menjelaskan, ahli lembaga lain tidak pernah menyuarakan pendirian yang sama seperti Abu Zahar.

Mereka berkata, ahli lembaga pengarah LPPR mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan perkara itu dirujuk kepada mana-mana panel dan jawatankuasa.

Bagaimanapun, keenam-enam mereka mendakwa, pandangan dan cadangan daripada ahli LPPR tidak dibangkitkan pada sidang media Abu Zahar. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Siasatan SPRM Ke Atas Naveen, Nico Bermotif Dendam - Anwar Ibrahim

2

Semasa 7 jam yang lalu

Terima Suapan Bulanan, Bekas Pengarah Penguatkuasa Direman Seminggu

3

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan SPRM Tidak Berasas, Sengaja Buka Kes Lama - R Sivarasa

4

Semasa 3 hari yang lalu

22 Ditahan Bantu Siasatan Penyelewengan Dana Khas Kaum India

Sorotan

1

Rayuan Kes SRC, Najib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK

2

Penggal Kepala Ibu, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

3

Pereka Fesyen Thierry Mugler Meninggal Dunia Pada Usia 73

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Penglibatan Ahli Politik, NGO Dalam Perhimpunan

Semasa 5 jam yang lalu

Dikecam Angkara 'Billboard' Haram, Pengasas Produk Akhirnya Bersuara

oleh Susan Albert

Semasa 7 jam yang lalu

Terima Suapan Bulanan, Bekas Pengarah Penguatkuasa Direman Seminggu

oleh Rafisqi Radhi

Politik 14 jam yang lalu

UMNO, BERSATU Saling Bercakaran, Kluster Mahkamah ‘Duri Dalam Daging’ Jatuhkan PM

oleh Aiman Sadiq