web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Dakwaan KJ 14 Peratus Jemaah Tiada Rekod Vaksin Benar?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 2:40PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) dituntut memberi maklum balas segera berhubung kesahihan dakwaan 14 peratus jemaah yang tidak mempunyai rekod vaksin COVID-19.

Presiden Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad berkata, maklum balas itu penting bagi menjelaskan secara terperinci kebenaran di sebalik dakwaan dibuat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang sangat mengejutkan.

“SAFTTA sangat terkejut dengan kenyataan Khairy semasa sidang media pada 6 Januari lalu berkaitan 14 peratus jemaah umrah tidak mempunyai rekod vaksin.

“Lebih memeranjatkan apabila Khairy mengatakan jemaah itu dikendalikan agensi pelancongan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) setiap jemaah umrah yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi adalah sangat ketat.

Katanya, SOP itu menetapkan maklumat jenis vaksin dan tahap kesihatan perlu dimasukan ke aplikasi telefon bimbit dikenali Muqem dalam tempoh 72 jam sebelum mereka menaiki penerbangan.

Katanya, Muqem bersambung dengan dua aplikasi lain iaitu Tawakalna dan Eatamarna yang informasinya saling berpaut untuk jemaah mendapatkan slot mengerjakan umrah serta memasuki Raudhah, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Justeru, SAFTTA menuntut maklum balas segera daripada KKM adakah 14 peratus disebut Khairy itu semuanya membabitkan jemaah umrah?

“Kami rasa agak terkilan kerana kenyataan itu sudah empat hari dikeluarkan, tetapi KKM masih menyiasatnya,” katanya.\

Dr Fathir Badri Alhadad
Dr Fathir Badri Alhadad

Menurut Fathir Badri, persepsi buruk masyarakat terhadap jemaah umrah ekoran dakwaan itu, pasti bertambah teruk sekiranya KKM tidak memberikan maklum balas segera.

“Ini kita dapat baca di media sosial apabila rata-rata netizen menyalahkan jemaah umrah kerana dikatakan sanggup menipu untuk mengerjakan ibadah berkenaan.

“Perkara ini juga menarik perhatian beberapa mufti untuk memberikan komen,” katanya.

Mengulas lanjut Fathir Badri berkata, sekiranya maklum balas itu membuktikan sememangnya wujud kes penipuan berkenaan yang dikendalikan agensi pelancongan, SAFTTA menyokong pihak terbabit dikenakan tindakan tegas oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Pada masa sama beliau berkata, pihaknya bersedia memberikan beberapa cadangan kepada MOTAC dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu mengatasi permasalahan jemaah umrah.

“Susulan kesediaan itu, SAFTTA mengharapkan satu perbincangan dapat diadakan dalam masa terdekat.

“Apa pun, SAFTTA menyambut baik siaran media MOTAC semalam yang perihatin terhadap nasib agensi pelancongan ketika menghadapi waktu sukar ketika ini,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad