web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilikan Saham, 3 Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sokong Azam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 2:37PM

Azam Baki menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media khas di ibu pejabat SPRM pada 5 Januari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Azam Baki yang berdepan dakwaan pemilikan saham.

Ketiga-tiga mereka menyifatkan segala tohmahan dilontarkan pihak tertentu terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sebagai politik dendam.

Mereka adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.

Menerusi kenyataan bersama, pegawai atasan suruhanjaya itu mengatakan pendirian mereka turut mewakili seluruh warga SPRM.

“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan dibuat (terhadap Tan Sri Azam Baki) adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej serta kredibiliti SPRM.

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus serta saksama,” katanya.

Menurut kenyataan sama, warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan Ketua Pesuruhjaya dan institusi berkenaan demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara ini.

Azam berdepan kontroversi berhubung dakwaan beliau memiliki saham di dua syarikat pada 2015.

Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, beliau didakwa memiliki 2,156,000 waran di syarikat berkenaan setakat 21 Mac 2016 ketika memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

Bagaimanapun, Azam pada satu sidang media Rabu lalu, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, malah menolak tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat, termasuk konglomerat.

Azam memberi alasan bahawa akaun saham itu digunakan adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga dan beliau tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham dibeli.

Beliau turut menegaskan bersedia jika kes itu dirujuk ke Jawatankuasa Aduan SPRM dan dibawa kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang turut hadir pada sidang media itu dilaporkan berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa beliau tiada kepentingan kewangan, mahupun konflik kepentingan berkaitan saham berkenaan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kelmarin menegaskan alasan Azam itu bertentangan dengan peraturan kerana Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) memperuntukkan, semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama dibenarkan.

Selain itu, Seksyen 29A SICDA menetapkan semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan pemilik manfaat sekuriti atau penama dibenarkan.

Sehubungan peruntukan itu, SC meminta semua pihak terbabit, khususnya Azam untuk memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan dibuat, selain mengumpul bukti berkaitan. - Getaran, 9 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad