web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


P. Pinang Masih Kekal SOP Solat Jemaah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 5:29PM

Orang ramai terutama jemaah yang hadir di masjid dan surau di Pulau Pinang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pulau Pinang masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi semua aktiviti di masjid dan surau termasuk melaksanakan solat berjemaah dengan berjarak kerana masih terdapat ancaman jangkitan COVID-19 varian Omicron di negeri itu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ketika ini, negeri itu masih belum dapat melaksanakan solat jemaah dengan merapatkan saf sepertimana yang dilakukan di Perlis dan Johor, dan orang ramai perlu mematuhi SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Sebelum ini, pihak kami telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan solat rapat saf, namun ia belum dapat diputuskan kerana ketika ini masih terdapat ancaman Omicron.

"Jadi, orang ramai terutama jemaah yang hadir di masjid dan surau di Pulau Pinang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini untuk semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk solat jemaah berjarak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar pada Khamis mengenai Perlis membenarkan jemaah solat di masjid di seluruh negeri merapatkan saf berkuat kuasa bermula waktu subuh hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata keputusan kebenaran untuk merapatkan saf ketika solat jemaah hanya akan dibuat selepas trend kes melibatkan varian Omicron di Pulau Pinang menurun.

"Semua aktiviti pengimarahan masjid adalah dibenarkan, namun tertakluk kepada SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini dan keputusan berhubung merapatkan saf akan dibuat selepas penilaian kes COVID-19 terutama berkaitan varian Omicron," katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran