web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Wanita Rugi Ditipu Sindiket Syiling, Wang Lama

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 2:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Gara-gara gelap mata dengan tawaran lumayan sehingga RM80,000, seorang pelajar wanita berusia 18 tahun mengalami kerugian sebanyak RM5,250 akibat ditipu sindiket syiling atau wang lama.

Mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Damansara dilaporkan menerima mesej daripada seorang lelaki warga asing menerusi laman sosial Instagram kononnya mahu membeli syiling atau wang lama dengan tawaran lumayan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek menawarkan harga lumayan iaitu sebanyak RM80,000 untuk lapan keping wang syiling atau wang lama tanpa mengambil kira nilai mata wang.

Katanya, mangsa hanya berurusan dengan suspek yang menggunakan nombor antarabangsa menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudian menunjukkan wang syiling dimilikinya dan suspek bersetuju untuk membeli syiling yang ditunjukkan.

“Selepas memberikan nombor akaunnya untuk transaksi pembelian, suspek mendakwa wang sudah dimasukkan ke akaun terbabit namun disekat untuk pengeluaran.

“Justeru, suspek meminta mangsa memasukkan wang caj transaksi berjumlah RM800 namun mangsa tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, mangsa hanya memasukkan wang sebanyak RM100 ke dalam akaun seorang lelaki tempatan yang dipercayai ‘keldai akaun’.

“Suspek tidak berpuas hati dengan jumlah yang dimasukkan, justeru, terus menghubungi mangsa dan memberikan pelbagai alasan supaya wanita terbabit memasukkan lagi wang kononnya bagi membolehkan RM80,000 itu dapat diterima.

“Justeru, mangsa yang terperdaya telah melakukan tujuh transaksi ke dalam akaun sama berjumlah RM5,250 untuk pelepasan wang yang disekat.

“Mangsa tidak mengetahui muslihat suspek namun mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek masih meminta wang daripadanya namun tidak pernah menyuruhnya menghantar syiling lama terbabit,” katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam urusan jual beli apa jua barangan supaya tidak ditipu dengan pelbagai muslihat licik penjenayah.

“Tiada urus niaga mudah dalam talian yang boleh membawa keuntungan berlipat ganda kepada kita,” katanya. – Getaran, 9 Mac 2021

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad