web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peniaga Tendang Lelaki Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 11:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bengang dengan tindakan seorang lelaki mengambil gambar keadaan gerainya yang tidak menepati syarat lesen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), seorang peniaga menendang individu terbabit sehingga mengalami kecederaan.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi semalam itu, mangsa berusia 58 tahun didakwa melakukan perbuatan terbabit di Pasar Pagi, OUG, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields,Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata mangsa mendakwa suspek berusia 53 tahun mendirikan tapak niaga melebihi jumlah keluasan dibenarkan DBKL.

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa bertindak menyerang lelaki terbabit sebelum menendangnya di belakang badan.

“Susulan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang wanita berusia 48 tahun yang mungkin terbabit dalam kes ini, akan dipanggil untuk memberi keterangan selepas mendapat perintah untuk menyiasat daripada pihak Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Amihizam, mangsa sudah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdahulu, tular klip video berdurasi 45 saat di Facebook memaparkan tindakan peniaga terbabit yang dilihat dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki lain.

Amihizan berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. 

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Spekulasi berkaitan kejadian tular ini hendaklah dihentikan sehingga pihak polis selesai menjalankan siasatan,” katanya.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukan tindakan di luar kawalan yang boleh mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada mana-mana individu.- Getaran, 8 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik