web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Orang Asli Mahu Sambut Pesta Menuai Maut Dibaham Harimau

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 8:26AM

Anek Along - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Hasrat seorang lelaki Orang Asli mahu menyambut perayaan pesta menuai tidak kesampaian, selepas dia maut dibaham harimau ketika sedang menumbuk padi huma di Kampung Sau, Pos Bihai, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketiadaan mangsa, Anek Along, 59 disedari anak perempuannya, yang bersama-sama menumbuk padi pada jam 9.10 pagi.

Menurut beliau, mangsa dan anaknya menumbuk padi huma itu sebagai antara persediaan menyambut pesta menuai tidak lama lagi.

"Anak perempuan mangsa yang menyedari ketiadaan bapanya cuba memanggil lelaki itu beberapa kali namun tidak menerima sebarang balasan.

"Dia yang memutuskan untuk pergi mencari di belakang rumah kemudian menemui kesan darah pada daun pokok," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Choon Foo berkata, wanita terbabit memanggil penduduk kampung untuk membantu mencari bapanya, berdasarkan kesan darah ditemui.

"Hasil pencarian, mereka menemui seekor harimau belang dan melontar lembing ke arah haiwan tersebut, yang dipercayai berjaya mengenai sasaran," katanya.

Beliau memberitahu, insiden berkenaan telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai.

"Pada jam 1.30 tengah hari semalam, pihak kita menerima panggilan daripada Pegawai PERHILITAN yang memaklumkan seorang lelaki Orang Asli telah maut dibaham harimau di Kampung Sau," katanya.

Beliau berkata, maklumat berkaitan mangsa telah disahkan dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

"Susulan kejadian, polis dari Balai Gua Musang bergerak ke lokasi untuk mengambil mayat dan sampai pada jam 5.40 petang. 

"Mayat mangsa dibawa keluar dengan menggunakan kenderaan polis dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Getaran, 8 Januari 2022

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 23 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad