web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Jangan Keras Kepala' - Hamzah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 9:33PM

Hamzah Zainudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT- Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) warga Rohingya diingatkan supaya tidak bersikap keras kepala dalam sebarang tindakan dilakukan, selain perlu memahami kedudukan mereka yang berstatus pelarian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan bersimpati dengan keadaan dialami golongan ini, namun sebarang tindak-tanduk yang mendatangkan permasalahan kepada negara akan dikenakan tindakan.

Beliau berkata mereka ini mempunyai kad UNHCR dan tidak boleh beranggapan bahawa Malaysia ini negara ‘cemetery’.

“Kita hanya bantu atas sifat perikemanusiaan tapi janganlah sampai naik kepala, kerana saya tidak suka kepada sesiapa yang naik kepala kepada undang-undang kita.

“Kita tidak mahu timbul permasalahan lain misalnya di kawasan lampu isyarat di ibu kota berlakunya tindakan memaki hamun orang awam dan ia tidak patut berlaku di dalam negara ini,” katanya kepada pemberita pada program MEKAR Prihatin Pascabanjir di Taman Sri Nanding, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan dilakukan kanak-kanak warga Rohingya yang didapati meminta sedekah, selain bertindak agresif kepada pemandu kenderaan di sekitar Cheras yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua syarikat penerbangan berhubung kemasukan pengembara luar dijangkiti varian Omicron, selain tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19.

“Ia terjadi di mana sebelum mana-mana individu menerima pas pelepasan daripada syarikat penerbangan, semua butiran mengenai rekod vaksinasi perlu dikemukakan dan disemak secara teliti manakala Jabatan Imigresen kemudiannya akan menerima sebelum memberi pelepasan untuk melakukan penerbangan. 

“Namun, jika pas pelepasan itu sudah diserahkan kepada imigresen tanpa diketahui sejauh mana pihak yang memohon itu lengkap vaksinasi atau tidak, takkan kita hendak tarik balik dan tidak membenarkan mereka membuat penerbangan kerana bagaimana sesuatu pampasan itu hendak dituntut?,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata pihaknya mengambil maklum mengenai laporan polis dilakukan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki hari ini. 

“Kita baru menerima laporan itu, tapi kita akan siasat mengikut akta tertentu dan barulah akan membuat siasatan,” katanya.

Pada Rabu lepas, Azam menafikan tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat, serta menyifatkannya sebagai tohmahan yang berniat jahat.

Azam dilaporkan berkata ia merupakan satu penipuan besar untuk memberi persepsi negatif terhadapnya. - Bernama

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad