web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu SPRM, Azam Baki, Pandangan Berbeza Dalam PAS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 6:34PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sayap parti PAS telah mengeluarkan pandangan yang berbeza berhubung kemelut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyifatkan pendekatan diambil Azam bagi menjelaskan perkara itu adalah tepat kerana dakwaan itu membabitkan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah utama.

''PAS memuji langkah yang diambil oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang secara terbuka menangani tuduhan beberapa agensi media dan portal bebas terhadapnya berhubung dakwaan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

''Kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menafikan tuduhan ini diharap dapat menamatkan tindakan pihak tertentu yang dilihat sengaja membangkitkan isu tersebut, seolah-olah mereka berniat untuk mencetuskan keraguan rakyat dan menyebabkan ketidakstabilan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,'' katanya.

Takiyuddin berkata, beban pembuktian kini terletak pada penuduh Azam untuk mengemukakan keterangan mereka terhadap Ketua Pesuruhjaya, sambil menambah bahawa beliau berharap untuk melihat pihak berkuasa mengambil tindakan yang adil dan saksama terhadap semua yang terlibat dalam episod itu, jika perlu, dan untuk ia berdasarkan peraturan perundangan.

Kenyataan ini dikeluarkan walaupun Pemuda PAS menggesa siasatan bebas dan telus terhadap kes itu dan pegawai tertinggi SPRM yang terlibat, termasuk Azam, untuk bercuti sementara menunggu siasatan selesai.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataannya menggesa Ismail Sabri sebagai pemimpin negara memulakan siasatan berhubung kes itu.

Jelasnya, insiden itu boleh mengancam kredibiliti dan persepsi kerajaan serta komitmen mereka ke arah memerangi rasuah dan menegakkan integriti.

''Pemuda PAS mencadangkan mereka yang terlibat termasuk pegawai paling kanan SPRM yang terlibat dalam isu itu direhatkan sehingga siasatan selesai dan nama mereka yang berkenaan dibersihkan,” kata Fadhli dipetik dari HarakahDaily semalam.

Beliau menambah, perkara itu adalah satu kebimbangan serius, yang mana kerajaan mesti memberi perhatian bagi mengelak persepsi negatif selanjutnya terhadap negara dan pentadbiran.

Dalam pada itu, penasihat undang-undang memaklumkan The Vibes bahawa alasannya sebagai "pincang" dan "tidak boleh dipertahankan", dan secara keseluruhannya tidak yakin dengan pengisytiharan Azam semasa sidang akhbar, pada Rabu.

Di Parlimen, usul khas bagi membahaskan isu dan dakwaan Azam telah difailkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub dari AMANAH, dengan beberapa Ahli Parlimen lain turut menyatakan keraguan mereka terhadap Ketua Pesuruhjaya itu.

Selain itu, Suruhanjaya Sekuriti juga memaklumkan akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam episod berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai apa yang berlaku. – The Vibes, 7 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik