Berita Terkini

8 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 8 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 8 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Penduduk Kesal, Gambar Kampung Morten Seolah-Olah 'Pulau' Tular

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 5:38PM

Penduduk Kampung Morten kesal penyebaran gambar di media sosial yang menunjukkan seolah-olah kampung itu menjadi pulau, telah mengakibatkan ikon pelancongan di Melaka itu terjejas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Penduduk Kampung Morten di sini terutama peniaga makanan, kesal dengan penyebaran di media sosial gambar banjir yang berlaku di kampung itu yang dilihat seolah-olah menjadi sebuah ‘pulau’ pada Sabtu lepas (1 Januari).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten, Jalina Mahmood berkata, tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab kerana gambar situasi banjir yang diambil dari bangunan tinggi berhampiran, tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Beliau berkata, ia bukan sahaja menggemparkan masyarakat, malah memberi kesan kepada sektor pelancongan di perkampungan tradisional Melayu yang menjadi ikon pelancongan Melaka itu, khususnya peniaga makanan.

"Gambar keadaan banjir yang berlaku di Kampung Morten hujung minggu lepas tidak seperti yang berlaku kerana bukan semua rumah di perkampungan ini dinaiki air, hanya sebahagian kecil sahaja iaitu yang terletak di kawasan agak rendah.

''Lagipun, banjir yang berlaku bukan perkara luar biasa di kampung ini kerana kedudukannya yang bersebelahan Sungai Melaka, menyebabkan air sungai sering melimpah ke kawasan kampung terutama apabila air pasang besar atau hujan lebat terlalu lama," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, situasi banjir yang sering berlaku di kampung itu juga tidak berapa serius, hanya beberapa rumah sahaja dimasuki air dan selalunya akan segera surut.

Mengulas kesan penyebaran gambar Kampung Morten menjadi 'pulau' akibat banjir itu, Jalina berkata kebanyakan peniaga terjejas mata pencarian kerana pelancong atau pengunjung tidak masuk ke kampung tersebut terutama pada Ahad lepas dan jumlahnya masih berkurang sehingga hari ini.

Peniaga makanan Amnah Othman, 64, berkata, perniagaannya terjejas dengan penyebaran gambar tersebut kerana tiada pengunjung datang ke kampung itu sama ada untuk melancong atau makan.

"Pada Sabtu lepas, hujan sangat lebat tetapi masih ramai yang masuk ke Kampung Morten untuk berjalan-berjalan atau makan, dan di sini pun ada ‘homestay’ (rumah inap) tetapi apabila tular gambar Kampung Morten jadi pulau, esoknya terus tak ada orang yang berani masuk.

"Memang teruk berniaga pada Ahad lepas dan sampai hari ini masih kurang berbanding sebelum gambar itu tular. Biasanya berderet kereta masuk walaupun pada waktu siang," katanya.

Berkongsi perasaan kecewa dan sedih, Sofian Jaafar, 35, berkata, perniagaan makanan yang diusahakan keluarganya sejak lima tahun lepas turut terkesan disebabkan berita tidak tepat itu.

Beliau yang merupakan anak jati kampung itu berkata penyebaran gambar tersebut menimbulkan rasa kurang selamat kepada pengunjung untuk ke Kampung Morten sedangkan ia tidak seperti digambarkan.

"Mungkin orang percaya Kampung Morten memang jadi pulau, justeru saya mohon kepada masyarakat terutama orang luar supaya tidak menyebarkan berita tidak betul kerana ia menyusahkan kami yang meniaga," katanya.

Penduduk, Salim Abu, 65, berkata banjir yang berlaku hanya melibatkan deretan rumah di Lorong Tun Mamat 1 kerana kedudukannya berhampiran sungai serta beberapa rumah di lorong lain.

"Gambar yang diambil dari atas tidak merakam sepenuhnya kampung ini, hanya fokus di kawasan tepi sungai. Rumah saya di lorong satu tapi di bahagian belakang dan air langsung tidak masuk ke rumah.

"Jadi kami mohon hentikanlah perbuatan viralkan benda tidak tepat ini kerana merugikan ramai orang," katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka Abd Hakim Hamzah memaklumkan kejadian banjir di Kampung Morten pada Sabtu lepas berpunca daripada fenomena air laut pasang besar dan limpahan air Sungai Melaka berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas. - Bernama

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini