Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Lelaki Dipenjara 7 Tahun Seludup 7 PATI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 2:12PM

Jamal Lukman dihukum penjara 7 tahun atas tuduhan pindaan menyeludup 7 PATI di Jalan Sapulut-Kalabakan, Kalabakan, pada 11 Ogos 2021.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki tempatan dihukum penjara tujuh tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan menyeludup tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tertuduh, Jamal Lukman, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim, Dr Lim Hock Leng bermula dari tarikh dia ditahan pada tahun lalu, selepas mengambil kira faktor kepentingan dan kesihatan awam ekoran pandemik COVID-19.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Ogos 2021, jam 9.30 pagi di Jalan Sapulut-Kalabakan, Kalabakan.

Berdasarkan pertuduhan, Jamal didakwa menyeludup Jusman Mancacuni, 46; Adi, 38; Muh Wawan, 24; Ardi Baco, 30; Nurhakiki Faizal, 26 dan dua kanak-kanak, masing-masing berusia empat serta enam tahun menggunakan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna putih.

Sehubungan itu, tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Hock Leng dalam penghakimannya berkata, kesalahan menyeludup tujuh PATI itu dengan mengenakan bayaran bagi tujuan keuntungan adalah jenayah berat walaupun kesalahan terbabit pertama kali dilakukan tertuduh.

Menurutnya, lebih membimbangkan, dua daripada PATI diseludup itu juga didapati positif COVID-19 ketika ditahan yang berisiko mencetuskan risiko penularan jangkitan.

Dalam prosiding tersebut, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen (JIM), Mohamad Arif Aizuddin Masrom, manakala tertuduh diwakili Peguam Raymond Guok.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan, Saparuddin Sakka, 36, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku salah membawa lima PATI berusia 18 hingga 38 tahun di Jalan Silam, Lahad Datu pada 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 September 2021 jam 9.40 malam dengan menggunakan sebuah lori.

Susulan perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukan hukuman tidak lebih lima tahun dan juga boleh dikenakan denda tidak lebih RM250,000 atau kedua-duanya sekali. - Getaran, 7 Januari 2022
 

Sorotan

1

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PAS Pulau Pinang Perlu Nyatakan Pendirian, Sokong Sanusi Atau Tidak?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Sanusi Langgar Perlembagaan Persekutuan, Gugat Perpaduan Negara – Guan Eng

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Skim Bekalan Air Rasau Mampu Salurkan Tambahan 1,400 Juta JLH Sehari - Amirudin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad