web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilikan Saham, LPPR Didesak Telus Dalam Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 12:12PM

LPPR telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kemelut kepimpinan tertinggi SPRM pada 5 Januari lalu.- Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang tampil memperjelas kemelut kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hanya mengundang lebih banyak persoalan kepada rakyat.

Malah, kelemahan siasatan dijalankan LPPR dalam isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hanya menimbulkan persepsi bahawa suruhanjaya terbabit gagal berfungsi secara bebas.

Ketua Sekretariat #RasuahBusters, Nurhayati Nordin, berkata pihaknya bersama rakyat mendesak badan tersebut untuk lebih telus dalam memperincikan dan melanjutkan siasatan berkaitan isu membabitkan Azam.

Jelasnya, kontroversi peribadi Azam langsung tidak menyumbang kepada pemulihan institusi itu yang reputasinya terjejas teruk akibat salah laku pegawai ketika ini.

“Justeru #RasuahBusters mengulangi bahawa Azam harus bertanggungjawab terhadap SPRM dengan berehat bagi membuka ruang agar institusi tersebut mampu fokus kepada usaha pemulihan, selain memulihkan maruah.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Parlimen turut bertanggungjawab mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPRM,” katanya.

Nurhayati berkata, manakala rakyat sebagai kumpulan pendesak perlu sedar bahawa sebarang fitnah terhadap insitusi awam boleh memprejudiskan sebarang tindakan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Katanya, pihak #RasuahBusters tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku rasuah dan kedudukan yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sesuatu badan yang dipertanggungjawabkan melindungi kepentingan semua pihak.

Beliau berkata, SPRM harus menjadi badan profesional dan bebas yang dihormati, malah isu peribadi tidak wajar mengatasi kepentingan berkenaan.

“Konflik ini tidak harus ditangani secara emosi, kuasa adalah amanah besar supaya seluruh eko sistem negara ditadbir secara jujur dan tulus. 

“Kestabilan sistem inilah yang ingin kita pulih dan sejajarkan bersama perjuangan membangun budaya moral bersama #RasuahBusters agar negara ini bersih daripada belenggu rasuah serta kekal harmoni,” katanya. – Getaran, 7 Januari 2022
 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar