web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilikan Saham, PAS Puji Penjelasan Terbuka Azam Baki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 11:43AM

Takiyuddin Hassan (kiri) dan Azam Baki (kanan)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik hentaman dan kecaman diterima Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai dakwaannya memiliki saham di beberapa syarikat, PAS menyambut baik tindakan beliau untuk memberi penjelasan secara terbuka berhubung perkara itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata PAS menyifatkan pendekatan diambil Azam adalah tepat kerana dakwaan itu membabitkan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah utama.

Katanya, PAS turut berpendapat bahawa tindakan pihak yang menyebarkan dakwaan terbabit dibuat dengan sengaja bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat dan mengganggu gugat kestabilan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, PAS yakin pihak berkuasa akan meneliti dan menilai kenyataan tersebut serta mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang.

Kenyataan Takiyuddin itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari sebelumnya yang menyarankan kerajaan mengambil langkah segera dan mengadakan siasatan secara bebas serta terbuka.

Ahmad Fadhli turut menyarankan semua pihak termasuk pegawai tertinggi SPRM yang terbabit dalam isu tersebut direhatkan sehingga siasatan selesai.

“Malah, nama mereka dibersihkan bagi memastikan ketelusan dalam siasatan,” katanya. – Getaran, 7 Januari 2022
 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad