web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Harap Arab Saudi Benar Jemaah Tunai Haji Tahun Ini - Idris

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 2:33PM

Idris Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Arab Saudi selewat-lewatnya Februari ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan termasuk pengekalan kuota seramai 30,000 jemaah setiap tahun.

“Setakat pertemuan awal dengan kerajaan Arab Saudi Disember lepas, ibadah haji untuk tahun ini masih dibenarkan dan mereka pun tidak berhasrat untuk tutup.

“Kita harap soal COVID-19 tidak menjadi penyebab Arab Saudi sekat atau tutup kemasukan jemaah. Setakat ini, Arab Saudi hanya laksanakan semula penjarakan antara saf bagi mengawal jangkitan,” katanya pada Konvensyen Pendidikan Islam Terengganu 2021 di Taman Tamadun Islam yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di sini, hari ini.

Bagi musim Haji 1442 hijrah/2021, Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya untuk rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara itu susulan pandemik COVID-19 yang belum reda.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata orang ramai digalakkan membuat laporan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan agama negeri sekiranya terdapat aktiviti khurafat dan berunsur sesat yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Ia susulan kemunculan individu dikenali sebagai ‘raja bomoh’ dan Puteri Zaleha yang mengadakan ritual menolak banjir di Dataran JPS di Teluk Intan, Perak yang tular dalam laman sosial baru-baru ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad