Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stoking Kalimah Allah: JAKIM Beri Amaran Keras Kepada Pengurusan KK Supermart

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:28AM

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) memberi amaran keras kepada pengurusan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd berhubung penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah, supaya isu melibatkan sensitiviti keagamaan tidak berulang lagi.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai kelmarin.

Hakimah berkata, dalam pertemuan tersebut, pihak syarikat juga telah memberi penjelasan mengenai isu penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah seperti yang tular baru-baru ini, dan langkah-langkah untuk mengelakkan isu seumpama itu berulang.

"Pihak KK Supermart and Superstore Sdn Bhd juga bersetuju untuk mengkaji dan mengemas kini Prosedur Operasi Standard syarikat," katanya.

Beliau berkata, JAKIM menyokong tindakan pihak Polis Diraja Malaysia yang telah membuka kertas siasatan terhadap isu penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah yang tular baru-baru ini.

Hakimah berkata, JAKIM sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan memandang serius terhadap isu tersebut kerana ia bukan sahaja melibatkan sensitiviti keagamaan, malahan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.

"JAKIM memberi peringatan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya di negara ini.

"Dalam masa yang sama, semua pihak dinasihatkan untuk tidak membangkitkan isu-isu lama yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum) dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

3

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Swinger’: JAKIM Diarah Ambil Tindakan Bersepadu - Menteri

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Sukan 2 jam yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Pendidikan 15 jam yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Semasa 18 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin