web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keadaan Banjir Di 5 Negeri Bertambah Baik, 10,000 Mangsa Masih Di PPS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 8:14AM

Penduduk Kampung Spang Loi ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tambang, sentiasa menerima pelbagai bantuan makanan ketika tinjauan di PPS itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di lima negeri menunjukkan perkembangan lebih baik malam tadi, apabila jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 10,065 orang berbanding seramai 11,469 orang petang tadi.

Sementara jumlah mangsa banjir di Selangor pula dilaporkan masih sama.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 468 mangsa daripada 126 keluarga pada pukul 8 malam, berbanding 543 orang daripada 140 keluarga pada pukul 4 petang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 14 kawasan di Jasin.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan mangsa banjir terus berkurangan malam semalam dengan 1,491 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan, berbanding 1,811 orang di 33 PPS pada petang semalam.

Kesemua mangsa melibatkan 454 keluarga itu ditempatkan di PPS Bera, Rompin, Pekan, Maran dan Temerloh, manakala PPS di Kuantan telah ditutup malam tadi.

Selain itu, beberapa jalan kekal ditutup antaranya Jalan Triang 1 di Bera, Jalan Ibam-Kampung Aur (Rompin), Jalan Teluk Ganchong Lepar (Pekan) dan Jalan Serengkam (Maran).

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan sungai yang melebihi paras bahaya malam ini masih Sungai Bera dan Sungai Serting kedua-duanya di Bera, selain Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan.

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 589 individu membabitkan 148 keluarga, dengan enam PPS dibuka setakat malam ini berbanding 826 individu (213 keluarga) pada petang tadi.

Di JOHOR, mangsa banjir terus menurun kepada 4,253 orang setakat 8 malam tadi berbanding 4,942 orang petang tadi dengan penutupan enam lagi PPS.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan dalam kenyataan malam tadi berkata empat PPS ditutup di Segamat manakala dua lagi masing-masing di Mersing dan Muar, menjadikan 64 PPS masih beroperasi di enam daerah.

Segamat masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 2,622 orang di 38 PPS, diikuti dengan Tangkak seramai 650 orang, Mersing (467), Muar (333), Kluang (128) dan Batu Pahat (53).

Sementara itu, tiga sungai masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Muar di Liang Batu, Muar; Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar; dan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, setakat pukul 9 malam tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir di negeri ini juga turun walaupun tidak banyak berubah dengan 3,264 mangsa daripada 1,341 keluarga masih di PPS malam ini, berbanding 3,347 orang daripada 1,319 keluarga petang tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, satu PPS iaitu Dewan Kampung Kiabau di Telupid telah ditutup dan 27 PPS masih dibuka di lima daerah terjejas banjir terletak di utara serta pantai timur di negeri ini.

Daerah Kota Marudu kekal mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 2,668 mangsa daripada 1,161 keluarga di 14 PPS, diikuti Pitas (319 mangsa, 120 keluarga, 4 PPS), Telupid (173 mangsa, 43 keluarga, 6 PPS), Sandakan (45 mangsa, 7 keluarga, 1 PPS) dan daerah kecil Paitan (54 mangsa, 10 keluarga, 2 PPS).

Di SELANGOR pula, menerusi aplikasi Info Bencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Selangor kekal 40 orang, melibatkan dua PPS di daerah Kuala Langat iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam kini ditahap bahaya iaitu pada ketinggian 4.79 meter dalam trend menaik, manakala Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat di tahap waspada (3.43 meter) setakat 8.30 malam tadi.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan sehingga hari ini, sebanyak 11,481 keluarga telah menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) melibatkan peruntukan RM11.531 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad