web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempar Kelibat Buaya Sesat Dalam Parit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 10:03PM

Buaya sepanjang 2.5 meter ini ditangkap oleh penduduk bersama RELA, dengan menggunakan tali di Kampung Spaoh, malam tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SPAOH (BETONG) - Penduduk Kampung Spaoh di sini gempar seketika, apabila melihat kelibat seekor buaya sepanjang 2.5 meter dalam parit kampung berkenaan malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Sapuan Abu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.45 malam.

Menurut beliau, reptilia terbabit masih berada di dalam parit tersebut apabila mereka tiba di tempat kejadian.

"Buaya berkenaan berjaya ditangkap penduduk bersama pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) menggunakan tali," katanya hari ini.

Getaran difahamkan, haiwan terbabit tersesat di dalam parit itu berikutan air pasang besar pada sebelah petang.

Sapuan berkata, bomba bersama RELA dan penduduk kampung terpaksa bekerjasama menarik reptilia itu ke atas, sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan untuk dibawa ke BBP Betong.

"Buaya berkenaan diserah kepada pihak Sarawak Forestry Corporation Kuching (SFC) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.- Getaran, 5 Januari 2021
 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad