web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Johor, Pahang, Meningkat Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 8:31AM

Anggota ATM menghantar dan membawa petugas kesihatan dari Jabatan Kesihatan Chaah, Kampung Padang Kiambang, Segamat, yang terputus hubungan akibat banjir, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara  (PPS) di Johor dan Pahang meningkat malam tadi berbanding petang semalam manakala Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah mencatatkan penurunan.

Bagi Selangor dan Terengganu, jumlah mangsa banjir kekal seperti pada sebelah petang. 

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,923 mangsa setakat 8 malam tadi berbanding 5,588 orang pada waktu petang dengan jumlah PPS yang masih beroperasi di tujuh daerah kekal 81 melibatkan 1,585 keluarga.

“Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,311 orang, Tangkak (601), Mersing (540), Kota Tinggi (131), Kluang (120) dan Muar (118) dan Batu Pahat (102).

“Ketika ini hanya Batu Pahat yang mengalami hujan manakala Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing pula mendung sementara di Tangkak dan Muar cuaca cerah,” katanya dalam kenyataan. 

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit meningkat malam tadi, kepada 2,308 orang berbanding 2,265 orang pada petang semalam dan sebanyak 37 PPS beroperasi di lapan daerah iaitu Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. 

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Sungai Serting di Padang Gudang, Bera masih lagi melebihi paras bahaya seperti pagi semalam, namun mula menunjukkan trend menurun pada malam tadi. 

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 1,628 individu membabitkan 448 keluarga dengan 15 PPS dibuka setakat malam  tadi berbanding 1,666 individu (462 keluarga) dengan 16 PPS petang semalam.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,771 mangsa daripada 472 keluarga pada pukul 8 malam tadi berbanding 2,155 mangsa daripada 565 keluarga pada pukul 4 petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 11 kawasan di Jasin.

“Seramai 318 mangsa daripada 92 keluarga ditempatkan di enam PPS di Alor Gajah, 1,154 mangsa daripada 300 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 299 mangsa daripada 80 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Jasin,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Di SABAH jumlah mangsa banjir di negeri ini sedikit menurun dengan 3,365 mangsa dari 1,331 keuarga malam tadi berbanding 3,377 mangsa banjir daripada 1,330 keluarga petang semalam, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Sekretariat itu memaklumkan satu PPS iaitu Dewan Kampung Kiabau di Telupid telah ditutup manakala 30 PPS masih dibuka di enam daerah terjejas banjir terletak di utara serta pantai timur di negeri itu.

Daerah Kota Marudu kekal dengan mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 2,659 mangsa daripada 1,115 keluarga di 14 PPS, diikuti Pitas (307 mangsa, 127 keluarga, empat PPS), Telupid (216 mangsa, 49 keluarga,  tujuh PPS).

Sandakan (46 mangsa,  tujuh keluarga, satu PPS), Beluran (38 mangsa, 10 keluarga, satu PPS), dan Daerah Kecil Paitan (99 mangsa, 23 keluarga, tiga PPS).

Tiga kejadian tanah runtuh di Daerah Ranau menjejaskan Jalan Bongkud, Jalan Stadium Ranau dan Jalan Timbau-Melinsau. Tiga lagi kejadian dikesan di Kinabatangan iaitu di Ladang SLDB Sukau, Kampung Sagaliud Seberang dan Kampung Wariasan.

Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM merekodkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Daerah Kuala Langat kekal 40 individu iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam kekal di tahap bahaya sejak pagi semalam dengan ketinggian paras air pada 3.1 meter setakat 8 malam.

Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat yang berada di paras amaran petang semalam kini di tahap waspada dengan ketinggian paras air pada 3.1 meter setakat pukul 8 malam dan dalam trend menurun.

Di TERENGGANU, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir  kekal 19 orang daripada lima keluarga di dua PPS di Kemaman pada malam tadi.

“PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor menempatkan sembilan orang daripada tiga keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga menempatkan 10 orang daripada dua keluarga.

“Pasukan penyelamat membuat pemantauan di kawasan pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka setinggi 3.7 meter malam semalam,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad