web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


800 Veteran, Anggota ATM Terjejas Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 8:11AM

Ikmal Hisham Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada veteran ATM, Mat Sidek Ibrahim yang terjejas susulan banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - Seramai 800 veteran dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikenal pasti terjejas bencana banjir di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. 

Beliau berkata kesemua veteran dan anggota ATM yang terkesan diberikan sumbangan wang tunai RM500 dan periuk nasi bagi meringankan beban mereka.

Selain itu, mereka turut menerima barangan keperluan harian antaranya berus gigi, sabun, beras, minyak, sardin dan lain-lain daripada sebuah syarikat. 

"Mindef (Kementerian Pertahanan) satu-satunya kementerian yang mewujudkan satu jabatan khas iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk menjaga kebajikan veteran ATM," katanya dalam sidang media di Taman Sri Nanding di sini, semalam.

Ikmal Hisham berkata bantuan berkenaan adalah tambahan kepada bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa terjejas banjir.

Beliau berkata pihaknya akan mempergiatkan bantuan kepada veteran ATM yang terjejas banjir di bawah program Cakna Veteran ATM.

"Kami memberi fokus Taman Sri Nanding dan akan memastikan kesemua veteran ATM menerima bantuan. Insya-Allah, pada hari Jumaat ini saya akan ke Klang untuk membantu anggota veteran yang berada di sana,” katanya. 

Menurutnya, anggota veteran ATM yang terlibat dalam bencana banjir dan memerlukan bantuan boleh berhubung secara terus menerusi portal rasmi JHEV ATM di pautan https://www.jhev.gov.my. 

Terdahulu, Ikmal Hisham melawat lima keluarga veteran ATM di sekitar Taman Sri Nanding, Hulu Langat dan memberi bantuan kepada mereka. 

Sementara itu, veteran ATM Nordin Mohammad, 65, yang juga merupakan salah seorang penerima bantuan itu menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dalam usaha memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.  

"Saya rasa bangga dengan ATM, meskipun saya sudah 22 tahun bersara namun mereka masih menjaga kebajikan kami (veteran) semua," katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad