web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Omicron, 58 Lagi Kes Dikesan, 4 Di Kedah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 9:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 kes positif COVID-19 disahkan varian Omicron dengan 54 kes jangkitan import manakala empat kes penularan tempatan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata hasil jujukan genom penuh (WGS) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), empat kes penularan tempatan dilaporkan di Kedah yang dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang jemaah umrah yang positif COVID-19 varian Omicron.

"Keempat-empat kes merupakan kontak rapat kepada kes COVID-19 varian Omicron yang balik dari mengerjakan umrah di Arab Saudi pada 12 Disember kemudian disahkan positif pada 24 Disember lepas.

"Pendedahan kepada kes ini berlaku pada 13 Disember lalu dan kesemua mereka mula bergejala dengan kategori dua pada 17 Dis lepas. Kesemua mereka telah diberi rawatan selama 14 hari di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai kes jangkitan import, Khairy berkata 39 daripada 54 kes berkenaan dari Arab Saudi; Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan tujuh kes; United Kingdom (empat); Nigeria (dua); dan masing-masing satu kes dari Kazakhstan dan Perancis.

Khairy berkata dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dikesan varian Omicron di negara ini adalah 122 kes iaitu 117 kes adalah jangkitan import manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

"Daripada keseluruhan kes varian Omicron yang dilaporkan, sebanyak 71 kes merupakan jemaah umrah," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan 1,220 sampel daripada 1,774 kes COVID-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di negara ini bagi tempoh 1 hingga 31 Disember lepas, menunjukkan berkemungkinan varian Omicron melalui hasil ujian PCR Genotyping Assay oleh IMR.

"Daripada 1,220 kemungkinan varian Omicron ini, 928 melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan individu yang diarahkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman supaya terus mematuhi arahan tersebut, kekal dalam bilik berasingan dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu yang lain.

"Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 termasuk varian Omicron kepada ahli keluarga dan dalam komuniti," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Tiada Kes Mutasi Baharu Varian Omicron XE Setakat Ini - Khairy

2

Gaya 4 tahun yang lalu

Awas! Omicron Mengganas! Dapatkan 2 Item Penting Ini Demi Kesihatan

3

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Sejauh Mana Kebimbangan Rakyat Terhadap Omicron?

4

Semasa 4 tahun yang lalu

11 Lagi Varian Omicron Dikesan, 13 Kes Tunggu Keputusan WGS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja