web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Kategori Buruk Di Johor Dan Pahang - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 1:58PM

Hujan lebat dijangka berterusan di Pahang dan Johor hingga tengah malam ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Hujan lebat berterusan kategori buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor hingga tengah malam nanti.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran kategori buruk bererti jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh enam jam.

Menurut beliau, amaran hujan lebat pada peringkat waspada pula dikeluarkan di Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.

“Antara lokasi yang berlaku hujan lebat berterusan ialah Terengganu (Kemaman) , Pahang (Maran, Kuantan, Bera dan Pekan), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka.

"Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan  Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat sehingga malam nanti," katanya.

Jurucakap itu memberitahu, luruan angin monsun masih berlaku, yang boleh menyebabkan cuaca lembab di sekitar Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta utara Sabah, selain angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan negara.

Laporan cuaca terkini oleh MetMalaysia juga menunjukkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan negara sehingga Khamis ini.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan sehingga Khamis, 6 Januari 2022.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya lagi.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang  pula dijangka melanda perairan Perak, Selangor,  Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah Timur, dan  Lahad Datu sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 10 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad