web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alizan Reda Meskipun Berdepan 'Ujian Berganda'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 8:31AM

Segelintir penduduk pulang ke rumah masing-masing untuk meninjau keadaan rumah mereka selepas air mulai surut di Kampung Muhibbah, Paloh. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Keluarga Alizan Mohd Amin yang menetap di Kampung Muhibbah, Paloh dekat sini berdepan ‘ujian berganda’ apabila rumah mereka dilanda banjir selepas kehilangan tonggak keluarga itu dalam tempoh tidak sampai dua minggu. 

Alizan, 36, berkata ibunya Jamilah Mo'min, 78, baharu sahaja kehilangan suami tercinta Mohd Amin Ejap, 68, seminggu lepas akibat penyakit radang paru-paru.

"Saya dan keluarga terima ketentuan Allah dengan ujian banjir pada tahun baharu dan kehilangan ayah Disember lepas dengan hati yang terbuka," katanya kepada Bernama di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Muhibbah semalam.

Keutamaan Alizan ketika ini adalah untuk memastikan ibunya yang semakin uzur berada di tempat selamat.

"Saya dan abang mungkin masih kuat untuk terima ujian kehilangan dan banjir ini tetapi bagi emak, mungkin dia lebih terasa memandangkan semua berlaku dalam masa yang terdekat. Jujurnya, saya tidak sangka akan berlaku banjir memandangkan sudah lama tidak berdepan banjir yang pernah menjejaskan kami di sini lebih 10 tahun lalu," katanya.       

Beliau berkata kedudukan rumahnya yang berhampiran dengan kawasan parit telah menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada bencana banjir.

"Memang hujan lebat sejak malam Sabtu bersambung ke pagi semalam selama satu hari dan air mula naik ke kawasan rumah pada kira-kira 4 petang semalam. Dalam tempoh setengah jam, air banjir yang melanda rumah sudah mencecah paras lutut.

"Apabila hujan tidak berhenti dalam tempoh lebih tiga jam, saya sudah mula simpan barang sedikit demi sedikit di tempat tinggi," katanya. 

Seorang lagi mangsa, Nur Zalina Kassim, 27, berkata beliau hanya menyedari berlaku banjir apabila paras air di luar kawasan rumah mencapai paras lutut.

"Sukar nak gambarkan perasaan ketika itu sebab kami tidak sangka akan banjir. Air naik sehingga paras lutut di kawasan luar rumah dan mula memasuki dalam rumah membuatkan kami kelam kabut untuk segera keluar dari rumah ke tempat lebih selamat," katanya.       

Wanita itu cuma sempat membawa keluar baju dan keperluan dua anaknya ke PPS malah ada dokumen penting seperti kad pengenalan adiknya dan lain-lain terjatuh dan hilang dalam kekalutan untuk menyelamatkan diri. 

Beliau hanya mampu berdoa agar cuaca semakin baik supaya mereka dapat segera pulang. 

Meskipun diuji dengan musibah, beliau sekeluarga tetap bersyukur keadaan banjir masih terkawal dan tidak seteruk seperti di beberapa kawasan lain sehingga mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan harta benda yang dahsyat.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Muhibbah pagi tadi mendapati cuaca mulai cerah diselangi dengan gerimis, menyaksikan ada segelintir penduduk pulang ke rumah masing-masing untuk meninjau keadaan rumah mereka yang semuanya dipenuhi lumpur susulan banjir. 

Bagaimanapun, menjelang 2 petang semalam, berlaku hujan renyai yang berterusan hingga 3.45 petang.

Setakat 4 petang semalam, seramai 71 orang daripada 23 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Daerah Kluang. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan