Berita Terkini

5 jam yang lalu: Pejabat Kesihatan Songkhla lapor kematian pertama di Thailand disebabkan varian Omicron 6 jam yang lalu: Tiada istilah Hari Agama Sedunia, hanya Islam satu-satunya agama yang jelas dan terbukti benar - Idris Ahmad 6 jam yang lalu: Tang jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India 6 jam yang lalu: 36,000 ketua isi rumah (KIR) di Selangor telah menerima bantuan RM1,000 - MB 6 jam yang lalu: COVID: 99.1 peratus daripada 3,010 kes dilapor hari ini kategori satu dan dua - KP Kesihatan

IKUTI KAMI


8 Tahun Mengharap Janji, Komuniti Setinggan Resah Menanti Unit PPR

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 10:02PM

Sekumpulan penduduk mengadakan perhimpunan bagi menuntut rumah yang dijanjikan di hadapan PPR Kota Setar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pada 2014, kalangan penduduk setinggan di Kampung Kilat dan Kampung Telok di sini ditabur dengan timbunan janji manis, kononnya masing-masing akan beroleh seunit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Setar yang akan dibangunkan di kawasan itu.

Lebih memikat hati, rumah berkenaan katanya akan diperoleh dalam masa tiga tahun selepas langkah mengosongkan lokasi itu diambil.

Lapan tahun sudah berlalu, dan janji yang ditabur masih satu mimpi.

Walaupun unit rumah berkenaan siap dibina sepenuhnya pada 2019, komuniti setinggan yang juga penduduk asal kawasan terbabit masih terbiar tanpa dipedulikan.

Tiada kata putus diterima daripada mana-mana pihak mengenai nasib mereka setakat ini, malah apa yang lebih menyedihkan, semua unit diberikan kepada keluarga yang bukan penduduk asal kedua perkampungan terlibat.

Arifin Abdul Rahman
Arifin Abdul Rahman

Seorang daripada mereka, Arifin Abdul Rahman, 68, berkata, kalangan penduduk yang rata-ratanya kini berstatus warga emas, bingung memikirkan nasib masing-masing, apatah lagi setelah melihat seorang demi seorang rakan meninggal dunia tanpa sempat mendiami rumah baharu diidamkan. 

"Tak tahu sama ada ini mainan politik atau  yang bagaimana. Selepas lapan tahun kami buat perjanjian dengan pemaju untuk memiliki rumah PPR ini, tiba-tiba orang lain yang dapat dulu. Kami pun tak faham sama ada PPR ini masih milik pemaju, kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan. Kalau tengok papan tanda pada PPR ini, seolah-olah macam milik kerajaan Persekutuan. 

"Kalau milik kerajaan Persekutuan, sepatutnya tak ada masalah untuk beri rumah kepada penduduk asal. Tetapi ini sudah lapan tahun menanti sampaikan ada orang yang dah meninggal dunia, manakala kami masih terpaksa menyewa di luar," katanya. 

Arifin yang tinggal di Kampung Kilat sejak tahun 70-an berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas menyertai perhimpunan bersama lebih 50 waris serta ketua keluarga di depan PPR tersebut di sini, hari ini. 

Sementara itu, seorang lagi wakil penduduk, Fauziah Che Lil, 50, memaklumkan, sebelum ini iaitu pada 2020, kalangan penduduk ada menandatangani permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menduduki PPR terbabit. 

"Namun sehingga kini tiada khabar berita mengenai nasib kami, penduduk asal di sini. Kami di sini rata-ratanya orang susah, tak mampu nak menyewa di tempat lain," katanya. 

Muhammad Noor Johari
Muhammad Noor Johari

Dalam pada itu seorang peniaga ikan, Muhammad Noor Johari, 40, ketika ditemui jelas sebak mengenangkan nasib ayah dan ibunya yang meninggal dunia tanpa sempat mendiami rumah baharu tersebut.

"Ayah meninggal dunia lima tahun lalu sementara ibu pula menghembuskan nafas terakhir tahun lalu akibat COVID-19. Kedua-dua mereka memang teringin sangat hendak duduk di rumah baharu ini tetapi tidak berkesempatan berbuat demikian. 

"Arwah ayah selalu sebut yang rumah ini nanti hendak diwariskan untuk anak dan cucunya. Tetapi sekarang kami rasa seolah-olah teraniaya apatah lagi setelah terdapat khabar menyatakan individu yang meninggal dunia tidak lagi tersenarai sebagai penerima rumah ini," katanya. 

PPR Kota Setar
PPR Kota Setar

Dalam pada itu semakan Getaran mendapati, nasib dilalui kesemua penduduk terlibat pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Chan Ming Kai dalam Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat pada 2 November lalu. 

Persoalan itu kemudiannya dijawab Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib bahawa 272 daripada 500 unit rumah di situ telah ditawarkan kepada peserta PPR yang layak. 

Baki 228 unit lagi jelas beliau, masih dalam pelbagai proses semakan dan penawaran.  

Menurut Ismail, kelewatan dalam isu tersebut berpunca daripada proses penyerahan dan pengambil alihan pengurusan PPR antara kerajaan negeri Kedah dengan KPKT, serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan urusan berkaitan perumahan termasuk penawaran PPR, dihentikan. 

"Pada awalnya selepas PPR Kota Setar disiapkan, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah yang sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk mengurus dan menawarkan unit PPR tersebut kepada keluarga setinggan terbabit. 

"Begitu pun melalui keputusan terkini pada 6 Ogos 2020. SUK Kedah tiada kemampuan untuk menguruskan projek PPR ini kerana mempunyai peruntukan kewangan terhad. Justeru pengurusan PPR Kota Setar tidak lagi diletakkan di bawah SUK sebaliknya diuruskan sepenuhnya KPKT," katanya. - Getaran, 3 Januari 2021.

Sorotan

1

Di Sebalik Kontroversi, Pementasan 'Putri Santubong' Sukses, Dikenali Dunia!

2

Banjir Melanda, Awasi Bahaya Penyakit Bawaan Air - Pakar

3

Letusan Gunung Berapi Tonga Cetus Amaran Tsunami di Jepun, Kepulauan Pasifik

4

Pencuri Dimandikan Seperti Jenazah, Jangan Buat 'Undang-Undang Rimba'

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Saya Bukan Kroni Tun M – Shafie Apdal

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Rumah Kedai Terbakar, Lelaki Nekad Terjun Bangunan

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 5 jam yang lalu

Bomba Selamatkan 3 Pendaki Sesat Di Bukit Bongol

oleh Mira Adilah Azmi

Luar Negara 13 jam yang lalu

Pelitup Muka Merah Jambu? Tidak! - Kesatuan Polis Itali