web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Bantuan Mangsa Banjir Pada Kadar Segera - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 9:40PM

Anwar menggesa kerajaan menyalurkan bantuan kewangan pada kadar segera kepada semua mangsa banjir. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyalurkan bantuan kewangan pada kadar segera kepada semua mangsa banjir yang terkesan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua mangsa banjir saat ini dalam keadaan yang cukup derita dan terdesak apabila terpaksa menanggung kerugian yang amat dahsyat.

“Sekiranya kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), maka semua mangsa banjir harus diberikan bantuan segera antara RM5,000 ke RM10,000 setiap seorang, berdasarkan jumlah kerugian dialami.

“Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi yang melampau, kerana hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerajaan wajar membuat perancangan baharu dalam mengemudi negara, terutama ketika berdepan krisis dan bencana serta aspek berkaitan bantuan kepada rakyat. 

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,  semua pihak termasuk mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan bencana alam seperti banjir tidak boleh melihat simpanan di KWSP sebagai satu-satunya penyelesaian.

Jelas Tengku Zafrul, tiga program pengeluaran khas iaiti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra hanya langkah jangka pendek serta bersifat sementara, bagi membantu meringankan beban pencarum.  - Getaran, 3 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik