web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebaikan Dibalas Tuba, Mangsa Banjir Bazir Makanan?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 4:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai positif yang dapat dilihat ketika banjir teruk melanda Selangor dan Pahang, baru-baru ini adalah sikap cepat bertindak rakyat Malaysia, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan individu serta perseorangan dalam menghulurkan bantuan.

Pertolongan disalurkan kepada penduduk di kawasan terkesan banjir itu tidak hanya terhad kepada misi menyelamat mangsa dan pembersihan kediaman, malah menyediakan barangan asas, seperti makanan, produk kesihatan serta pakaian.

Bagaimanapun, di sebalik pengorbanan masa dan tenaga sukarelawan menghulurkan bantuan, wujud pula dakwaan bahawa ada segelintir mangsa banjir seolah-olah tidak menghargai bantuan makanan diberikan sehingga berlaku pembaziran.

Mereka dikatakan tidak menjamah hidangan itu atau membuangnya tanpa diketahui alasan sebenar, sehingga menyebabkan sukarelawan terguris perasaan dan kecewa.

Lantaran itu, wujud pula dakwaan memaklumkan ada mangsa banjir dalam kalangan warga asing bersikap ‘besar kepala’ dengan menolak menu diberikan kerana tidak menyukainya, malah meminta sukarelawan kembali ke situ dengan membawa makanan digemari sehingga menyebabkan hidangan dibawa terbuang.

Menjawab situasi tersebut, Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Shah Alam, Shamsul Ariff Ridzwan berkata, pihaknya ada mendengar beberapa dakwaan terbabit daripada kumpulan sukarelawan tertentu.

Bagaimanapun, katanya, situasi itu bukan membawa maksud mangsa berkenaan tidak menghargai bantuan dan pengorbanan diberikan, sebaliknya sebagai pihak ditimpa musibah, mereka sedang susah hati sehingga tidak mempunyai selera makan.

Shamsul Ariff Ridzwan
Shamsul Ariff Ridzwan

Jelasnya, sebagai mangsa banjir, mereka sudah pasti lebih memikirkan mengenai kediaman dan nasib keluarga sehingga tidak terfikir untuk makan.

“Kami ada mendengar beberapa peristiwa mengenai isu pembaziran makanan dan mangsa banjir dianggap tidak bersyukur, cuma dalam kesulitan dihadapi mereka sudah tentu mereka tidak selera makan.

“Ditambah terlalu banyak makanan disumbangkan, nampak seperti mereka tidak menghargai serta membazir.

“Kita faham situasi mereka ini, walaupun memang ada sikap sesetengah mangsa agak mengecewakan, tetapi kita sedar segelintir mereka runsing memikirkan soal keluarga dan rumah jadi tak mengutamakan makan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Shamsul Ariff berkata, fokus mangsa banjir ketika ini juga adalah kepada pembersihan rumah kerana kerosakan kediaman dan barangan mereka sangat teruk.

“Kami nampak sekarang mereka ibarat memulakan kehidupan baharu yang memerlukan bantuan untuk mencuci kediaman, membersihkan barangan rumah dan sumbangan pakaian,” katanya yang juga bertindak sebagai penyelaras projek misi bantuan banjir menggabungkan lapan NGO dengan 100 sukarelawan di beberapa kawasan sekitar Shah Alam.

Mengulas persoalan mengenai sikap segelintir mangsa yang meminta menu digemari, Shamsul Ariff mengakui kewujudan aduan itu, namun secara peribadi, beliau menyifatkan tindakan itu mewakili individu, bukan menggambarkan sikap keseluruhan mangsa banjir.

Pada masa sama beliau berpandangan, pembaziran makanan tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua pihak, iaitu mangsa banjir dan sukarelawan lebih cakna untuk mengelakkan keadaan berkenaan.

“Kita dah ada pelbagai saluran teknologi pada zaman ini, jadi kalau ada makanan atau keperluan lebih, seperti barangan asas dan pakaian di sesetengah kawasan itu, kita patut maklumkan kepada pihak yang menguruskan lokasi lain yang berdepan kekurangan.

“Minta mereka ambil atau kita hantar kepada mangsa di kawasan lain, bukan abaikan sampai makanan basi dan pakaian hapak. Sepatutnya jangan biarkan rosak dan buang tetapi cari alternatif untuk sumbang barangan berkenaan kepada mangsa lebih memerlukan,” katanya.

Ditanya mengenai sumber perolehan makanan disalurkan NGO kepada mangsa banjir itu, Shamsul Ariff berkata, hidangan berkenaan kebanyakannya disumbangkan menerusi aktiviti gotong-royong penduduk di kawasan tidak terjejas.

“Macam NGO kami yang berpusat di Seksyen 16 Shah Alam dan menghulurkan bantuan di beberapa seksyen serta kawasan berhampiran, ada (jawatankuasa) Rukun Tetangga masak dan diberikan kepada kami untuk diagihkan kepada mangsa.

“Usaha membantu menyediakan makanan ini lebih kepada inisiatif dijalankan rukun tetangga, kelab, jawatankuasa penduduk dan restoran di kawasan tidak terjejas banjir,” katanya. - Getaran, 3 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad