web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sabah Mampu Mendepani Ancaman, Dengan Kerjasama Semua Pihak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 8:22AM

Pemandangan senja di sekitar Pusat Bandar Kota Kinabalu kelihatan tenang, yang dirakamkan beberapa hari lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Kerajaan Sabah diyakini mampu mendepani ancaman dari segi cuaca seperti bencana banjir menerusi kerjasama erat pelbagai agensi dan pasukan keselamatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata agensi terbabit ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara manakala pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

“Di Kota Marudu saya ucap terima kasih kepada JKM, NADMA dan semua badan keselamatan serta berpuas hati dengan kerjasama dan bantuan dalam segala urusan pemindahan mangsa banjir. Bantuan makanan dan minuman juga semuanya dalam keadaan teratur pada saat ini.

“Walaupun kerosakan itu banyak, tapi itu akan diteliti selepas segala urusan berkaitan banjir seperti pemindahan mangsa selesai,” katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Gereja St Theresa di sini yang menempatkan 142 mangsa banjir.

Mengenai banjir di Kota Marudu, Ongkili berkata ia berlaku secara mengejut apabila taburan hujan melebihi paras biasa antara 40 hingga 50 milimeter sehari kepada 200 milimeter sehari hingga menyebabkan paras air di dua sungai besar di daerah itu iaitu Sungai Kanarom dan Sungai Bandau melebihi paras bahaya. 

“Bagaimanapun, kita di Kota Marudu juga sudah lama bersedia, memang pegawai jawatankuasa bencana sudah buat persiapan dan ia akan berterusan untuk dua bulan akan datang,” katanya.

Beliau turut memuji tindakan penduduk yang mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah dan mematuhi nasihat serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengekang penularan COVID-19. 

“Kali ini keseluruhannya, kerjasama begitu baik sekali dalam semangat Keluarga Malaysia. Kami harap cuaca malam ini bertambah baik supaya mereka boleh kembali ke rumah masing-masing,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad