web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PEKATA Turun Padang Bantu Penduduk Taman Inderapura

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 9:10PM

Sebahagian ahli PEKATA yang menyertai misi bantuan banjir fasa pertama di Taman Inderapura, dekat sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Berpandukan maklumat dikongsi kenalan dan saudara mara yang menetap sekitar Kuantan, penduduk Taman Inderapura, dekat sini, mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskan di Terengganu, untuk menerima sumbangan pasca banjir.

Pengasas dan Presiden Pertubuhan Ehwal Kebajikan Tanah Air Malaysia (PEKATA), Datuk Khairul Faiz Anuar bersama kira-kira 50 ahli gabungan NGO berkenaan berjaya mengumpulkan pelbagai barangan keperluan asas, termasuk peralatan elektrik untuk diagihkan kepada penduduk taman berkenaan.

Mereka yang kebanyakannya dari Terengganu berpendapat, sumbangan itu adalah sebagai tanda persahabatan antara kedua negeri yang sering bekerjasama dalam misi bantuan setiap kali banjir melanda negeri masing-masing.

Mohd Khairul Faiz (empat dari kanan) membantu mengagihkan barangan elektrik kepada penduduk terjejas banjir di Taman Inderapura, di sini, hari ini.
Mohd Khairul Faiz (empat dari kanan) membantu mengagihkan barangan elektrik kepada penduduk terjejas banjir di Taman Inderapura, di sini, hari ini.

Khairul Faiz ketika ditemui berkata, setiap ahli gabungan PEKATA menyediakan barangan diperlukan penduduk membabitkan peruntukan lebih RM50,000 bagi misi fasa pertama mereka.

“Semuanya hasil sumbangan ahli gabungan kita dan saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam misi kali ini.

“Kita cuba berikan bantuan kepada seberapa ramai penduduk terjejas banjir di Kuantan dan sebagai permulaan, kita tumpukan dulu di sini sebelum misi fasa seterusnya,” katanya.

Antara NGO dan badan korporat yang terbabit dalam misi bantuan banjir fasa pertama itu ialah KKG Mart, PTAFirst, Asza Vapor Sdn Bhd, Al-Ehsan dan Masito Engineering Sdn Bhd.

Selain barangan keperluan asas seperti barangan makanan, sumbangan sejadah dan bantal, sayuran dan pelbagai barangan elektrik turut diberikan kepada penduduk taman berkenaan.

Sementara itu, wakil PTAFirst, Mohd Haniff Anuar berkata, misi bantuan di Taman Inderapura adalah lokasi kedua selepas mereka mengagihkan barangan elektrik kepada penduduk di Mentakab, dekat Temerloh, semalam.

Long Choeng You, 11, tidak melepaskan peluang untuk menjadi sukarelawan dalam misi bantuan banjir fasa pertama anjuran PEKATA di Taman Inderapura, di sini, hari ini.
Long Choeng You, 11, tidak melepaskan peluang untuk menjadi sukarelawan dalam misi bantuan banjir fasa pertama anjuran PEKATA di Taman Inderapura, di sini, hari ini.

“Sumbangan kecil kami ini adalah untuk meringankan bebanan mereka yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini dan saya sangat berterima kasih kepada Datuk Khairul yang sudi menjemput kami untuk bersama dalam misi di Kuantan,” katanya.

Mohd Haniff turut memaklumkan pihaknya sedia untuk turut serta dalam misi fasa dua sekiranya keadaan banjir di Pantai Timur berterusan dan kini memasuki gelombang kedua. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad