web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecekapan ATB 2 Bantu Kesan Bot Karam - Abdul Karim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 8:25PM

Bot yang didaftarkan atas nama ML Rihana ini membawa 10 orang awak-awak bersama seorang tekong warganegara Filipina, karam di sempadan perairan negara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Kecekapan anggota dan radar Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mengesan sebuah bot nelayan Filipina yang karam di sempadan perairan negara.

Komander  ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, kejadian pada jam 9.50 pagi itu disedari ATB 2 melalui radar Coastal Surveillance Station (CSS).

Menurut beliau, maklumat berkenaan segera disalurkan kepada Pusat Kawalan Maritim Malaysia (Maritime Command Centre) untuk tindakan dan pengesahan maklumat.

"Maklumat berkenaan kemudian disalurkan kepada Pusat Kawalan Maritim Filipina bagi menyelaras operasi menyelamat luar sempadan Malaysia.

"ATB 2 juga telah menghubungi KD PAUS untuk diaturgerakkan ke sekitar lokasi bot nelayan karam bagi tujuan pemantauan dan keselamatan," katanya di sini.

Abdul Karim berkata, maklumat tersebut turut disalurkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi menyelamat telah dilancarkan oleh pasukan Marin Filipina dari Pulau Taganak pada jam 10.50 pagi selepas menerima maklumat dari Filipina MCC di Tawi-Tawi.

"Bot yang didaftarkan sebagai ML Rihana membawa 10 orang awak-awak bersama seorang tekong warganegara Filipina telah berjaya diselamatkan," katanya.

Mereka berkata, kesemua mereka tidak mengalami kecederaan parah dan kejadian dipercayai berlaku disebabkan kebocoran di bahagian badan bot kerana pukulan ombak kuat.

Semua 10 awak-awak dan tekong tidak mengalami kecederaan parah dan kejadian dipercayai berlaku disebabkan kebocoran di bahagian badan bot kerana pukulan ombak kuat.
Semua 10 awak-awak dan tekong tidak mengalami kecederaan parah dan kejadian dipercayai berlaku disebabkan kebocoran di bahagian badan bot kerana pukulan ombak kuat.

Dalam kenyataannya, Abdul Karim turut menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan radar CSS atas kejayaan pengesanan bot karam ini.

Katanya, ini membuktikan sistem radar milik MK ATB 2 memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan operasi dan keselamatan Pantai Timur Sabah berada di tahap tertinggi.

"Kejayaan ini juga membuktikan bahawa peranan radar turut menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah operasi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan anggota tentera untuk sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menghadapi sebarang rintangan dan cabaran.

Anggota operasi katanya, turut diingatkan agar menjaga keselamatan diri terutama ketika negara berada di fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November lalu, dan dijangka berterusan sehingga Mac 2022.

"Hujan lebat dan tiupan angin kencang yang dijangka berterusan boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Pantai Timur Sabah.

"Namun, situasi dan keadaan ini bukan halangan serta kekangan kepada setiap anggota yang bertugas bagi memastikan misi menjaga kedaulatan negara sentiasa diperkasakan dengan kukuhnya," tambahnya. - Getaran, 1 Januari 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad