web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rawatan Haiwan Percuma Untuk Mangsa Banjir, Kempen 2 Hari Hingga Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 5:28PM

Penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat boleh mendapatkan rawatan percuma untuk haiwan peliharaan mereka secara percuma mulai hari ini hingga esok. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk Hulu Langat yang terlibat dengan bencana banjir dan memerlukan rawatan untuk haiwan peliharaan masing-masing boleh mendapatkan perkhidmatan itu secara percuma di Taman Sri Nanding bermula hari ini, kata Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Farina Mustaffa Kamal.

Menurut beliau, keputusan untuk menyambung perkhidmatan ke kawasan yang terjejas teruk ekoran banjir itu dibuat, selepas penelitan mendapati pelbagai jenis haiwan turut terkesan dengan bencana terbabit.

Katanya, lokasi penempatan misi bantuan kecemasan dan perubatan untuk haiwan ditetapkan di hadapan Stesen PETRONAS Bukit Nanding, Hulu Langat selama 2 hari, bermula hari ini, dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

"Orang awam boleh membawa haiwan milik sendiri atau haiwan terbiar yang terkesan dengan musibah banjir ke klinik veterinar bergerak ini bagi diperiksa serta diberi rawatan oleh doktor veterinar berlesen.

"Perkhidmatan rawatan haiwan ini percuma dan disokong oleh doktor veterinar daripada pelbagai agensi serta klinik," katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Farina Mustaffa Kamal
Dr Farina Mustaffa Kamal

Jelas Dr Farina lagi, inisiatif itu adalah hasil kerjasama Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA), Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor.

Katanya lagi, beberapa pasukan akan bergerak dari rumah ke rumah, yang turut disokong oleh sukarelawan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Persatuan Penyelamat Anjing Terbiar Hulu Langat (PATH) dan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM).

Terdahulu, misi bantuan pertama pernah dijalankan selama tujuh hari di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor selepas kawasan berkenaan terjejas teruk ekoran banjir pada 18 Disember lalu.

Klinik bergerak di tempat itu turut mengagihkan makanan untuk menampung kira-kira 4,000 haiwan di jalanan dan terkesan dengan bencana banjir. - Getaran, 1 Januari  2022.

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar