web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Johor Bermula, 8 PPS Dibuka Di Segamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 12:00PM

Anggota Bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Segamat ke PPS. - Gambar ihsan Bomba Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Segamat menjadi daerah pertama di negeri ini yang terjejas akibat banjir apabila lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka di daerah itu sejak malam tadi.

Lapan PPS itu kini menempatkan 456 mangsa terdiri daripada 133 keluarga sehingga jam 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, lima PPS mula dibuka kira-kira jam 10 malam tadi iaitu di Balai Raya Kampung Sermin, Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(SRJK) (C) Ai Chun dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang.

Beliau berkata, semua PPS itu mula dibuka apabila kawasan Kampung Sermin, Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Tenang dinaiki air.

”Pada jam 12.01 tengah malam pula, empat lagi PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Kampung Paya Lebar, Balai Raya Kampung Gelang Chinchin dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang membabitkan penduduk di semua kampung itu serta Kampung Sedeng," katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, pada jam 12.01 tengah malam, PPS Balai Raya Kampung Lembah Bakti ditutup dan semua mangsa di PPS itu dipindahkan ke PPS SRJK (C) Ai Chun.

Katanya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyediakan bekalan makanan di semua PPS. 

Setakat ini, Vidyananthan memaklumkan tiada PPS dibuka di daerah lain.

"Sehingga 8 pagi tadi, keadaan cuaca di Muar, Tangkak dan Segamat hujan, manakala mendung di tujuh daerah lain," katanya.

Pemantauan keadaan banjir dijalankan oleh pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). 

Turut terbabit, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Meteorologi (MET Malaysia), Penghulu Mukim, Ketua Kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). - Getaran, 1 Januari 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad