web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doa Permudahkan Usaha Pemulihan Kesan COVID-19, Bencana Alam - Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 9:16AM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyeru rakyat supaya berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19 dan bencana alam yang melanda negara penghujung tahun ini.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang terus berjuang dalam membantu negara memerangi COVID-19 serta bencana alam yang menimpa.

“Suka juga saya mengingatkan rakyat jelata agar menjaga diri dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan masing-masing,” titah baginda dalam perutusan sempena tahun baharu 2022 yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda semalam.

Baginda menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin-Nya kerana dapat menyambut kedatangan tahun baharu 2022.

“Marilah kita bersama-sama berdoa memohon bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT dalam mengurniakan keselamatan dan keafiatan yang berpanjangan,” titah baginda. 

Sultan Ibrahim pada masa sama menekankan tentang kepentingan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang merupakan tunjang kesejahteraan negara.

“Budaya hormat-menghormati antara satu sama lain perlu terus menjadi teras untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” titah baginda.

Sultan Johor menjelaskan perpaduan yang terjalin juga akan membawa kestabilan, memberi keyakinan kepada pelabur, sekali gus mengukuhkan lagi ekonomi negara.

“Janganlah terpengaruh dengan cubaan segelintir pihak yang ingin memecah-belahkan rakyat kita dengan naratif yang sempit.

“Muhasabahlah diri, kembali kepada niat asal untuk berkhidmat membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tanah air kita, bukan untuk kepentingan diri sendiri,” titah baginda.

Baginda turut bertitah permuafakatan yang sihat akan memulihkan negara dan mengembalikannya ke landasan yang tepat untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran sebenar.

“Sesungguhnya, muafakat itu berkat, maka bermuafakatlah semua demi kebaikan sejagat,” titah baginda. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad