web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKNJ Siasat Video, Gambar Tular Majlis Libat Penjawat Awam Klinik Kesihatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa gambar dan video tular di media sosial hari ini yang memaparkan sekumpulan individu didakwa penjawat awam di sebuah klinik kesihatan di negeri ini melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka. 

"JKNJ mengambil maklum tentang sebaran viral (tular)  di media sosial berkaitan Majlis Jasamu Dikenang yang melibatkan penjawat awam di klinik kesihatan terbabit. 

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit khususnya yang terlibat dalam pelanggaran SOP Majlis Keselamatan Negara. Susulan itu, tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat," kata Dr Aman menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNJ semalam.

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan sekumpulan individu dipercayai penjawat awam daripada sebuah klinik kesihatan di negeri ini didakwa telah melanggar SOP dalam satu majlis, sehingga mengundang komen negatif di media sosial berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad