Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SOP COVID-19 Sudah ‘Lapuk’, Pekerja Disaran Kerap Jalani Ujian Saringan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 8:21AM

Pakar kesihatan menyarankan agar kakitangan swasta atau awam menjalani ujian saringan COVID-19, dua kali seminggu, sebelum memasuki pejabat. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemunculan varian Omicron yang lebih cepat menular berbanding Delta ternyata membantutkan seketika usaha ‘penyembuhan dunia’ selepas hampir dua tahun bergelut dengan pandemik COVID-19.

Tatkala beberapa negeri dilanda musibah banjir, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 62 kes varian Omicron dikesan di negara ini setakat seminggu lalu.

Daripada jumlah itu, 61 kes adalah jangkitan import dari luar negara manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki jangkitan tempatan.

Susulan itu, orang ramai terutamanya kakitangan awam mahupun swasta digalakkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali seminggu sebelum memasuki pejabat.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, langkah itu amat penting bagi mengesan penularan varian Omicron yang mungkin sudah berada dalam komuniti ketika ini.

“Sekarang kita pun tahu ramai jadi sukarelawan mangsa banjir. Sepanjang tempoh itu, sudah tentu mereka jumpa bermacam-macam orang dan mudah terdedah kepada sebarang jangkitan.

“Timbul kebimbangan akan wujud lebih banyak kluster baharu babitkan tempat kerja. Jadi saya galakkan orang ramai buat ujian saringan COVID-19 sebelum pergi bekerja, seelok-eloknya dua kali seminggu,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata, tidak timbul isu untuk melaksanakan langkah tersebut kerana kit ujian saringan COVID-19 mudah didapati di pasaran, selain harganya yang jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

“Kalau kakitangan awam, sepatutnya kerajaan bekalkan atau beri peruntukan kepada setiap jabatan atau agensi untuk pembelian kit ujian COVID-19 (air liur).

“Bagi syarikat swasta pula, majikan kena belilah untuk pekerja masing-masing. Jika ada pekerja yang perlu jalani kuarantin, janganlah disuruh datang kerja atau tolak gaji mereka,” katanya.

Pada masa sama Dr Sharifa Ezat turut mencadangkan agar KKM mempergiatkan ujian saringan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di negeri terjejas.

“Sekarang ini, ramai ditempatkan di PPS dan KKM perlu buat sekali ujian saringan COVID-19. Saya yakin tak mustahil ada yang positif tapi tak ada simptom kerana masih ada yang belum disuntik dos penggalak.

“Perlu diingat selain warga emas, kanak-kanak turut berada di PPS. Mereka terdedah kepada risiko dijangkiti kerana belum divaksin. Jadi perkara ini perlu diberi perhatian,” katanya.

Malah beliau berkata, KKM juga disaran melakukan ujian jujukan genom penuh (WGS) terhadap sampel mangsa ditempatkan di PPS yang disahkan positif, untuk mengesan jangkitan tempatan varian Omicron.

“Sekarang ujian jujukan genom hanya bertumpu di KLIA sahaja, maknanya membabitkan mereka yang balik dari luar negara. Bila buat pengesanan kontak kes, barulah KKM lakukan pemeriksaan terhadap yang lain.

“Tapi jangkitan dalam kalangan komuniti, kita anggap seolah-olah tak ada. Jadi ujian saringan COVID-19 dan ujian jujukan genom amat penting untuk pastikan jumlah sebenar jangkitan varian Omicron dalam negara ketika ini,” katanya.

Susulan itu, kerajaan digesa mengeluarkan satu garisan panduan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) kehadiran ke pejabat selaras dengan usaha kerajaan mahu memperlahankan gelombang penularan varian Omicron.

“Memang betul kita guna SOP Fasa 4, bila ada varian Omicron yang mudah merebak KKM kata tak boleh berkumpul ramai-ramai masa Tahun Baharu tapi tak keluarkan garis panduan terkini. Orang ramai pun (jadi) keliru.

“Buat masa ini kita masih kekal dengan SOP lama, bagi saya sudah tidak relevan. Jadi kerajaan kena tegas kalau betul-betul serius mahu memperlahankan gelombang jangkitan varian Omicron. Janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga," tegasnya.

Dr Sharifa Ezat menarik perhatian, kerajaan perlu mengeluarkan garis panduan baharu, khususnya berkaitan SOP di tempat kerja kerana kluster tersebut semakin bercambah mutakhir ini. 

"Kalau boleh kehadiran (pekerja) sekurang-kurangnya 80 peratus di pejabat  manakala 20 peratus lagi bekerja dari rumah (BDR), jadi tak adalah bersesak-sesak dalam pejabat. 

"Kalau ada mesyuarat pula seelok-eloknya buatlah secara hibrid demi keselamatan semua kerana risiko dijangkiti amat tinggi,” katanya.

Khamis lalu, Khairy menerusi satu kenyataan menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada, termasuk dengan melakukan saringan secara berkala khususnya jika ingin mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga lain.

Katanya lagi, kerajaan berusaha memperlahankan gelombang penularan jangkitan COVID-19 menerusi varian Omicron bagi mengelak pelaksanaan langkah kawalan sekatan secara drastik.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai aktiviti sosial untuk mengamalkan langkah berkaitan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. - Getaran, 1 Januari 2022

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Sukan 10 jam yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 23 jam yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman