web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pukul OKU Dengan Batu, Rumah Amal Didesak Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 9:19PM

Ras Adiba Radzi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjelasan serta permohonan maaf perlu dilakukan pengurusan Rumah Amal Murni di Kajang selepas didakwa melakukan kekerasan terhadap seorang penghuni kelainan upaya (OKU).

Ia susulan penularan sebuah rakaman video, yang memperlihatkan seorang penghuni OKU dipukul dengan menggunakan batu.

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan berkenaan merupakan tempat perlindungan buat OKU serta warga emas.

Beliau yang jelas berang dengan keadaan itu turut menzahirkan kekecewaan apabila masih ada manusia sanggup bertindak kejam ke atas penghuni kurang upaya.

“Seharusnya ada langkah berjaga-jaga dari penjaga dan pemilik tempat itu bagi memastikan perkara terbabit tidak berlaku, kerana rumah amal seharusnya bertindak sebagai kawasan perlindungan yang sempurna bagi golongan OKU serta warga emas. Bukannya dipukul  dengan batu-bata sebegitu rupa.

“Sekarang video itu sudah menjawab persoalan orang ramai bahawa penjaga rumah amal terbabit bukan sahaja perlu meminta maaf tetapi harus memberi penjelasan serta bertanggungjawab dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang juga selebriti ternama tanah air mengakui, hatinya luluh melihat situasi seumpama itu menimpa golongan OKU, tanpa perlindungan daripada sesiapa.

“Kamu ingat kamu siapa. Saya mengenali saudara OKU kita yang Cerebral Palsy ini sejak dia berumur empat tahun, dia tidak boleh mempertahankan dirinya dan perlu sokongan untuk menjaga dia.

“Sedih melihat dia diperlakukan sebegitu rupa di rumah amal itu,” katanya, marah.

Ras Adiba menarik perhatian, pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Damansara pada jam 12.55 tengah hari tadi, agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap insiden itu yang dilihat mampu mendatangkan kecederaan.

Menurut beliau, laporan itu dilakukan bagi menghalang insiden tersebut daripada terus berlaku dalam kalangan masyarakat seterusnya, menjadikan orang ramai lebih prihatin terhadap kumpulan berkenaan.

“Kalau berterusan dilakukan perkara begini, bagaimana ibu bapa yang mempunyai anak OKU yakin untuk meninggalkan mereka di tempat pengasuh kerana khuatir perkara sebegini akan berlaku.

"Kita perlu pastikan bahawa perbuatan sebegini bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan kami tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, mempunyai kehendak dan maruah jadi ini mesti dihentikan," katanya.

Terdahulu, Ras Adiba berkongsi video kejadian tersebut yang berjaya menarik perhatian ramai, dan majoriti turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan individu berkenaan.

“Mentang-mentang dia OKU, kalau dia normal rasanya kau dah kena semula, suka hati hentak kepala orang guna batu bata,” ciap @huahuahell.

“Sumpah, aku tengok pun tak sampai hati, tergamaknya orang itu pukul dengan batu-bata. Kenapa tiada kawalan daripada penjaga di rumah perlindungan itu,” luah Azam Nordin.

“Seriuslah pukul guna batu bata, kalau luka parah macam mana, di mana pihak penjaga tak pantau aktiviti penghuni,” kata @zozonys. - Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad