web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjelas Secara Terbuka Kegagalan Urus Banjir, Tubuh Suruhanjaya Diraja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 9:38PM

Pasukan penyelamat menjalankan misi menyelamat mangsa yang terperangkap ketika banjir melanda Taman Sri Muda, Shah Alam, baru-baru ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan anggota Kabinet digesa membuat penjelasan penuh di Parlimen berhubung kegagalan kerajaan pimpinannya menguruskan banjir buruk yang melanda negara.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), menerusi kenyataan bersama berkata, kegagalan itu dapat disaksikan menerusi suara rakyat di media sosial yang amat lantang mengkritik Jemaah Menteri kerana sangat lembab dalam mengambil tindakan.

Respon lewat diberikan pimpinan kerajaan itu mengenai banjir juga dianggap sekadar ‘wayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir.

“Kesan banjir besar daripada segi kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa hampir 50 orang kali ini amat ketara dan mengguris hati.

“Malah fenomena ini membuka mata kita semua kepada realiti bahawa perubahan iklim dan aktiviti manusia, khususnya pembalakan berleluasa serta pembangunan tidak mampan akhirnya memberi kesan amat negatif buat rakyat,” kata majlis itu.

Perdana Menteri dan jemaah menteri jelas kenyataan tersebut, wajib memberi penjelasan penuh dalam satu sidang khas Parlimen khusus berhubung banjir besar ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Pada masa sama, Majlis Presiden PH berkata, kerajaan perlu menasihati Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menilai bencana itu.

Suruhanjaya itu juga, katanya, selaras dengan titah baginda bahawa satu pasca nilai (postmortem) banjir besar perlu dilakukan, termasuk membabitkan bencana itu di Sabah dan Sarawak beberapa bulan lalu.

“Penubuhan suruhanjaya ini bagi mengenalpasti segala kelemahan perancangan dan kelewatan pelaksanaan supaya situasi terbabit mampu diatasi.

“Ini termasuk kepincangan dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebagaimana didedahkan Ahli Parlimen Segambut berhubung enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur yang sudah diberi milik untuk tujuan pembangunan,” katanya.

Selain itu, Majlis Presiden PH melahirkan terima kasih kepada semua petugas, sukarelawan dan dermawan yang membantu dalam pelbagai misi banjir, seperti menyelamat, membersih dan memulihkan kawasan terjejas teruk akibat banjir di beberapa negeri pada 18 Disember lalu.

“Malah tenaga dan semangat para sukarelawan mungkin diperlukan lagi bagi membantu menghadapi gelombang kedua bencana itu di negeri Pantai Timur,” katanya. – Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad