web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayam, Telur, Sayur Turun Harga Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 4:48PM

Azman (dua dari kanan) memeriksa harga telur di sebuah pasar raya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEBERANG PERAI - Beberapa bahan mentah seperti ayam segar, telur, dan beberapa jenis sayuran akan mengalami penurunan harga antara dua sehingga 20 peratus, bermula esok.

Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Azman Adam berkata, penurunan harga itu akan berkuatkuasa mengikut lokaliti serta situasi semasa bagi memastikan pengguna menikmati pembelian pada harga berpatutan.

“Untuk di Semanjung, esok kita akan melihat harga ayam turun, iaitu daripada RM9.30 kepada RM9.10. Begitu juga dengan beberapa jenis sayuran seperti kacang panjang, sawi, dan telur juga akan mengalami penurunan harga.

“Kita menyeru pengguna untuk melihat laman web rasmi kita untuk melihat harga tersebut sebagai rujukan sebelum membeli belah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Azman mengadakan Walkabout Ops Back To School dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di sebuah pasar raya besar di Bukit Mertajam di sini.

Selasa lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan SHMKM yang dijadualkan berakhir hari ini akan dilanjutkan selama 35 hari lagi berkuat kuasa 1 Januari hingga 4 Februari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya akan melakukan operasi khusus bermula esok bagi memastikan bekalan barangan di semua negeri terlibat banjir tidak terjejas.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga mendadak di negeri tersebut, dan semuanya berada dalam keadaan stabil.

“Cuma, kita terima aduan mengenai beberapa bekalan barangan yang terputus akibat masalah lojistik. Bagaimanapun, kita akan lancarkan ops khusus esok di Pahang bagi memastikan masalah ini dapat diatasi,” katanya.

Mengulas mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas, Azman berkata, sejak ia dikuatkuasa bermula 23 Disember lalu, sebanyak 7,178 premis telah diperiksa di seluruh negara.

“Namun tiada kes direkodkan dan tahap pematuhan adalah sebanyak 100 peratus. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan kita harap ini dapat diteruskan dari masa ke semasa,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad