Berita Terkini

11 minit yang lalu: MAHB masih diberi kuasa uruskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah - Wee Ka Siong 11 minit yang lalu: Jumlah penumpang lapangan terbang dijangka antara 32.6 juta dan 42 juta di Malaysia pada 2022, bergantung kepada situasi COVID-19 - Wee Ka Siong 2 jam yang lalu: Kerajaan pertimbang kelonggaran SOP jika proses dos penggalak selesai & KKM beri pandangan - PM 3 jam yang lalu: Kerajaan tidak bercadang laksanakan PKP lagi untuk sekat pergerakan rakyat - PM Ismail Sabri 3 jam yang lalu: Kerajaan masih berhati-hati membuka sempadan negara berikutan kebimbangan jangkitan COVID-19 - PM

IKUTI KAMI


MySJ Trace Undang Kekeliruan, Netizen Bimbang Maklumat Digodam

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 3:07PM

MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak dalam aplikasi MySejahtera. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fungsi MySJ Trace dalam aplikasi MySejahtera yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini, menerima kritikan hebat daripada warga maya di media sosial, sejak malam tadi.

Hasil carian di Twitter mendapati, majoriti netizen menyatakan kebimbangan data peribadi mereka akan digodam sekiranya fungsi baharu aplikasi itu digunakan.

“MySJ Trace adalah satu bentuk inovasi yang membawa kepada pencerobohan maklumat peribadi dan saya langsung tidak percaya dengan fungsi terbaharunya. Saya tidak akan gunakan kerana ia boleh menjejaki setiap langkah kita,” kata Faiz Yahaya.

“Aku tak puas hati bila fungsi terbaharu (MySJ Trace) kena on kan location kita di mana. Ini sahaja sudah membuktikan orang akan mengetahui di mana kita berada. Walaupun memudahkan, namun saya tidak akan gunakan kerana mendedahkan privasi saya,” luah Jannah Azli di Twitter.

Sementara itu, warga maya juga menyatakan ketidakpuashatian terhadap fungsi MySJ Trace kerana perlu menggunakan bluetooth sepanjang masa, yang dilihat sama sekali tidak praktikal.

Pada masa sama, ia juga meraih kekeliruan orang ramai yang mempersoalkan hasil positif serta faedah boleh diterima sekiranya menggunakan fungsi baharu aplikasi MySejahtera.

“Kalau setiap masa kena on bluetooth, boleh m****s cepat bateri aku. Sangat keliru dengan tindakan kerajaan dengan fungsi MySJ Trace dan sangat tidak praktikal untuk digunakan pun,” kata pula Rahim Seradin.

“Saya ada gunakan MySJ Trace malam tadi serta saya tinggalkan phone saya di ruang tamu. Apa yang pelik, belum lagi di antara keluarga saya gunakannya dan saya belum keluar dari rumah tapi dah ada empat interaksi. Sungguh hairan,” soal Wayne Lee.

“Sangat mengarut fungsi baharu dalam MySejahtera. Aku baru aktifkan sahaja (MySJTrace), tiba-tiba dah ada dua interaksi sedangkan hanya aku seorang sahaja di rumah. Apa benda mengarut yang dah berlaku ini,” luah Safri Ahmad di Twitter.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan hari ini memberi jaminan, semua data pemilik aplikasi MySejahtera tidak diceroboh atau digodam mana-mana pihak. 

Katanya, MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia.

“MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti pengguna MySJ Trace sekiranya menjadi kontak rapat kepada pengguna yang telah disahkan positif COVID-19.

“Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat kerajaan Malaysia,”katanya.

Terdahulu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan, fungsi MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate dan Support (FTTIS) dalam pencegahan dan mengawal penularan jangkitan COVID-19 .

Langkah itu kata MOSTI, dibuat bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19. - Getaran, 31 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Gaya 57 minit yang lalu

BloomThis Kian Mengharum, Operasi Lebih Besar

2

Semasa 1 jam yang lalu

10 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Catat Jumlah Tertinggi

3

Selebriti 19 jam yang lalu

Ahli Silap Mata Andrew Lee Menyerlah Di Amerika Syarikat

4

Semasa 21 jam yang lalu

COVID-19, 1,494 Pelajar Kedah Dijangkiti Sejak 1 Januari, Tiada Kematian Direkodkan

Sorotan

1

Pelbagai Produk Makanan Bernilai RM54,402 Dirampas Kerana Salah Guna Logo Halal

2

Rayuan Kes SRC, Najib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK

3

Penggal Kepala Ibu, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

4

Pereka Fesyen Thierry Mugler Meninggal Dunia Pada Usia 73

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

COVID-19, 1,494 Pelajar Kedah Dijangkiti Sejak 1 Januari, Tiada Kematian Direkodkan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Sabah Laksana Program Pendataan Pekerja Asing Bermula Februari - Bung Mokhtar

oleh Ardyhansah Amat

Semasa 1 hari yang lalu

1.6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Sempena Tahun Baharu Cina

oleh Fitri Nizam

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Suapan Bulanan, Bekas Pengarah Penguatkuasa Direman Seminggu

oleh Rafisqi Radhi