web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


45 Kampung Terjejas Banjir, Tanah Runtuh Akibat Monsun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 1:09PM

45 kawasan di Sabah dilaporkan terlibat dalam banjir dan tanah runtuh akibat Luruan Monsun sehingga awal pagi tadi. - Gambar ihsan APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 45 kampung dan penempatan di negeri ini terjejas akibat banjir serta tanah runtuh akibat Luruan Monsun sehingga awal pagi tadi.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Sharudin Md Zain berkata, ia membabitkan enam daerah iaitu Sipitang, Pitas, Telupid, Beluran, Kinabatangan dan Sandakan.

"Tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Gas Batu Sapi, Sandakan, dan Perumahan Ladang SLDB di Kinabatangan.

"Manakala 43 kampung lagi terjejas akibat banjir kilat," katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Sehingga jam 8 pagi tadi, hampir semua kawasan banjir di Telupid, Sipitang, Pitas dan Kinabatangan bagaimanapun semakin pulih.

Menurut Sharudin, banjir masih dilaporkan berlaku di enam perkampungan di Belurun iaitu Muanad, Kolapis Darat, Rampek, Kuala Sapi, Wawasan dan Balaban.

"Setakat ini keadaan terkawal dan tiada mangsa ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS).

"Bagaimanapun, pihak kami masih melakukan pemantauan berterusan di semua lokasi terbabit sebagai langkah berjaga-jaga dan persiapan berdepan sebarang ancaman bencana," katanya.

Difahamkan, lebih 600 pegawai dan anggota APM ditugaskan sepanjang banjir dan tanah runtuh di enam daerah berkenaan. - Getaran, 31 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar